Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Butik Ibu Dan Anak Puncak Alam.

Assalamualaikum dan selamat petang!
*schedule post


Itu hari kakak ada minta tolong suruh carikan garlic balm untuk bayi. Katanya urgent,ya la saya pun tak mahulah bertangguh untuk cari balm sebab bayi kan,antibodi masih lemah lagi. Saya pun googlelah,kalau boleh tak mahu beli secara atas talian disebabkan masa pengeposan yang lambat. Hari ni bayar,esok pos,lusa atau selang berapa hari baru dapat dekat tangan. Leceh pula dah kan. Kakak nak jenama Susuk Manja,yang ada gambar baby tu...macam ni...,

Tiada penerangan foto disediakan.

Bila dah jelas ni senang sikit nak mencari. Cari dekat IG jumpa seller ni,rupanya ada butik jual barangan untuk ibu dan anak,terletak dekat Puncak Alam,wah,tak jauh juga kalau ikutkan dari rumah ke PALAM. Lebih kurang setengah jam,bolehlah dikira dekat dibanding ke Shah Alam. Masa pertama kali ke sini,saya naik motor,buka maps tapi pakai earphone so nanti navigator tu bersuara,dengarlah walaupun tak tengok pada skrin. hehe. Rupanya tak susah pun nak datang ke sini,maklumlah tak pernah lagi ke situ jadi macam risau tersesat pula kan. Kali ke dua datang sini lagi sebab kakak kirim barang lagi,kita jadilah personal shopper sehari sekejap,mengajaklah mak ke situ naik kereta. Jalan ke sini memang best walaupun ada selekoh seram. 



Seronok ya butik ni sebab apa yang kakak cari kebanyakkannya ada dekat situ,yang tak ada sebab barang dah habis stok/sebab harga mahal. Yang memang susah nak cari dekat pasar raya,kita belilah,mana yang boleh jumpa dekat Econsave,Tesco bagai semua,kita beli dekat sana. Sebab seperti yang korang sedia maklumlah kan,barang keperluan untuk bayi/budak memang harga boleh tahan juga kan. Saya tolong belikan barang kakak pun,guna duit saya dulu,berapa ratus boleh habis untuk seorang saja. Kenalah pandai berjimat kan bila dah ada anak sebab ada duit lebih boleh bersedia untuk beli keperluan lain. 


Yang seronoknya,bila whatsapp nombor butik,memang pantas ya responsnya! Kadang bila kakak minta kirim sesuatu,saya akan terus whatsapp tanya ada ke produk sekian-sekian dekat butik. Kalau ada,rezekilah,tak ada tak apa,kita usaha cari sampai dapat. Apa-apa bolehlah whatsapp,www.wasap.my/+60123845711. Boleh juga tengok IG butik -> https://www.instagram.com/mamaslove.puncakalam/?hl=en


Sekian.

8 comments:

  1. Memang bagus kalau dapat beli terus. Kalau pos jadi lambat.
    Hehe senang tanya, dah ada baru pergi kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Sekarang malas nak beli online. Carilah merata sampai jumpa. Hehe

      Itulah kan,senang juga kalau peniaga rajin interaksi dgn pelanggan mcm ni.. hwhe

      Delete
  2. balm pun ada yang garlic ye. baru first time nampak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Mungkin sebab bau kuat dan petua org lama² letak bawang putih utk hilangkan selsema pada bayi itu yg ada orang buat balm. Mudah. Hehe

      Delete
  3. Saya pon 1st time tahu garlic balm wujud, hehe. baguslah dapat jumpa kedai yg menyenangkan kerja. Ttiba teringat kisah sadis periuk saya yg masih xnmpak2 lagi sbb tersadai kat shah alam lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... macam²lah juga saya baru tahu sebab belum ada anak lagi. So jaga anak buah dapatlah ilmu baru. Hehe Jumpa kedai yg jual semua kelengkapan senang. Tak perlu ke sana ke sini ke sana ke sini. Hehe

      Hahahaha...mana agaknya periuk tu ya

      Delete
    2. selalu kalau balm tu vicks saya tahu lah, menarik juga garlic balm ni. Teringin juga nak beli kalau ternampak, hehe. Sebab saya memang suka benda yg panas2kan badan. Jenis senang sakit perut.

      Delete
  4. Barang baby memang mahal. baju je sehelai dah rm20 lebih. Tu yang brand ayam je tu. Kalau pump, lampin, buai lagi la., Sebab tu nak beranak pun kena ada duit jugak. Tak kan nak balut kain batik je..kan>??

    senang kedai macam ni. Nak apa2 boleh wasap dulu tanya..

    ReplyDelete