Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Sirap Bandung Soda.

Assalamualaikum semua!
(*schedule post. Semalam punya cerita)


Dari minggu lepas tekak teringin nak rasa sirap bandung soda. Tak pernah buat pun atau rasa sebelum ni. Ke pernah tapi tak ingat pun. Ini gara² google resepi tiba² terjumpa pasal sirap bandung soda. Tak dapat nak bayangkan aiskrim soda dicampur dengan sirap rasanya macam mana. 

Alang² dah keluar beli barang,kirimlah dekat abang supaya beli air botol yang besar. Gigih tau. 😆 Semangat dah ada sejak petang,siap google resepi sebab tak pernah buat. 

Bahan²:-
•1.5 liter aiskrim soda (1 botol besar)
•1/2 tin susu cair
•100 ml sirap gula (*tambah lagi pun sedap rasanya)
•1/2 sudu kecil esen vanilla
•Secubit garam
•Ais secukupnya

Cara² :-

1. Campurkan semua bahan KECUALI aiskrim soda. Kacau sampai berbuih supaya susu dan sirap sebati lebih kurang 5 minit lebih. Saya pukul guna whisk baru puas hati. 😁
2. Bila dah berbuih tu masukkan aiskrim soda sikit demi sikit sambil dikacau² lagi. 
3. Buang buih yg terhasil,(*langkah ini dilangkau.)
4. Letak ais secukupnya. Kalau tak nak letak ais & nak simpan dulu air,simpan dalam botol/jag ditutup rapat. 

Bagi sayalah kan,saya lagi suka sirap bandung asli. Yang cuma tambah susu cair/ susu pekat sikit. Mungkin untuk resepi ni saya kena tambahkan sikit lagi kordial sirap. Lain kali boleh cuba lagi. Apa² pun resepi atas bolehlah tambah kurang mana yang rasa nak diubah. Ikut citarasa sendiri kaedahnya. Sebab ni pertama kali buat,ikut bulat²lah resepinya. Hehe

Sekian.

4 comments: