Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Roti Pizza Gardenia.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini nampaknya huru hara sedikit ya berkaitan dengan pengumuman oleh perdana menteri Malaysia. Belum habis isu semalam dah datang isu baru. Banyak juga persoalan yang berlegar² dalam fikiran,mungkin esok lusa ada jawapan kan. Kita tunggulah pengumuman baru daripada kerajaan Malaysia. Harapnya keputusan yang dibuat tak membebankan semua pihak untuk masa akan datang. Belajarlah sejarah untuk elak perkara tidak diingini berulang. 🙂

Oh ya,untuk petang ini saya buat roti pizza menggunakan roti wholemeal Gardenia. Ada baki roti masih tak terusik. Sayang nak buang. Rezeki jangan dibazir. Jadi terfikir pula pizza menggunakan roti wholemeal. Apalah erti pizza kalau tak letak keju di atasnya kan? 😅Terpaksalah saya ubahsuai sedikit resepi disebabkan kekurangan bahan. 

Bahan² :-

•Roti wholemeal/putih
•Bawang holland (*hiris halus)
•Sosej
•Sayur campur 
•Sos cili/tomato
•Mayonis
•Keju pilihan utk ditabur.

Cara² :-

1. Sapukan sos cili pada roti,ratakan. Letak sosej,bawang,sayur campur secukupnya. Jangan lupa letak mayonis. Tabur keju di atas sekali. (* ni saya tak letak keju)

2. Bakar dalam oven pada suhu 150°c selama 10 minit atau hingga masak. 


Siap! 

Memandangkan tidak diletak keju,bolehlah kalau nak makan,digulung dulu atau lipat sbb kalau letak keju,bahan yg lain kan melekat. Sedap dimakan selepas keluar dari oven,bila dah simpan lama nanti roti jadi liat. 

Okaylah kejap lagi nak bersiap memasak bihun goreng pula. Menu berbuka yang mudah. 

Sekian. Terima kasih sudi baca.

6 comments:

  1. Ada juga buat pizza dengan roti. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni paling mudah untuk habiskan baki roti. hehe

      Delete
  2. good idea buat piza guna roti. belum pernah try lak, maybe i should 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sedapkalau ada cheese dan dimakan panas2.

      Delete
  3. Assalamualaikum. SS pun suka mkn mcm ni jugak. hehehe. simple je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaaikumussalam...hehe..
      kan..senang. cuma kalau dah sejuk roti jadi liat.

      Delete