Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Roti Jala

Assalamualaikum dan selamat petang!
*schedule post

Baiklah ada kesempatan masa,bolehlah update blog sekejap. Banyak ya entri beratur tunggu giliran untuk disiarkan. 😅 Kebanyakannya mengenai makanan. Kalau tak di instagram,saya post di sini saja. 

Semalam mak masak kari ayam,bila dah buat kari ayam tiba² mak tanya apa yang sedap untuk dimakan bersama kari. Saya ikutkan cukuplah ada nasi panas pun sedap juga. Janji dimakan. Lepas tu mak macam biasalah perintahkan saya buat roti jala. 😆Saya bersyukur jugalah mak suruh buat roti jala berbanding roti puri. 

Sebenarnya trauma juga ya nak buat roti jala. Pernah cuba dulu tapi gagal. Sama ada adunan terlalu pekat atau terlalu cair. Antara 2 puncanya bila tak jadi. Dekat rumah acuan roti jala ada 4 tau! Ingatkan salah acuan ke macam mana ya mak sampai beli 4. 🤣 Saya cuba lagi harini buat roti jala guna resepi google.

Wpun tak berapa menjadi bentuk sebab kurang mahir nak menjala,tapi bancuhannya menjadi ya. Syukurlah. 🤣 Dulu² pernah cuba buat tapi bancuhan cair sangatlah,adunan pekatlah. Macam². Tak jadi roti jala,jadilah lempeng kunyit. Sedap juga makan dgn kari ayam. 

Bahan² :-

•1 cawan tepung gandum
•1 cawan air
•1/2 cawan santan (*santan kotak kan pekat so tambah air lah bagi cair sikit)
•2 biji telur
•1 sudu kecil serbuk kunyit
•1 sudu kecil garam
•2 sudu besar minyak masak

Cara² :-

1. Blend semua bahan sampai sebati. Pukul pakai whisk pun boleh,asalkan jgn biarkan tepung berketul. Tapiskan. 


2. Panaskan kuali non stick,letak minyak sikit. Tuang adunan guna acuan roti jala. Guna api sederhana. Tak perlu terbalikkan. Bila dah masak tu gulung² kan terus. Teknik menggulung dgn buat jaring tak pandai buat. Sorry. Googlelah sendiri. 😅😂

Siap.

Sekian. 

8 comments:

  1. Macam-macam resipi cuba ye. Syukur jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Tahun ni saya rajin pula masak. Tak sangka. 🤣😆 Syukur jadi. Hehe

      Delete
  2. cicah dgn gulai ni.. perghhhh... melekattt

    ReplyDelete
  3. Wahh nampak sedap roti jala ni. I pun fail bab buat jaring tu tapi bedal je hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap². Kalau dpt kari ayam cukup rasa mmg sedap. Hehe.

      Itulah menjala kena ada teknik betul kan

      Delete
  4. Teringat zaman foundation dulu, ada tolong housemate buat roti jala. Makan dengan kari kambing. Diorang perhatikan je bentuk roti jala saya yang entah pape tu. Masa tu diorang takleh nak kutuk depan2 lagi sebab tak rapat dengan saya lagi xD

    ReplyDelete
  5. haha lempeng kunyit. kelakar pulak bunyinya. nampak sedap tu cicah dengan kari ke sambal ke. ~

    salam 30 ramadhan sistur~

    ReplyDelete