Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Pau Goreng Kacang Merah.

Assalamualaikum! 

Harini rajin sikitlah lepas masak kita terus buat draft & set auto post saja. Hehe


Masa puasa itu hari kan saya ada buat pes kacang merah yang tak jadi itu. Ingat tak? Haaa kalau tak ingat,tak apa,bukan salah korang pun. 🀣 Jadi geramlah kan pes tak menjadi,kita nak makan pau goreng,mengidam tau! Memandangkan tengah rajin,kita buat sendiri! 

Pertama sekali kita nak cerita pasal inti kacang merah dulu. Semalam saya singgah pasar raya Matahari dekat Teluk Pulai,Klang,alang dah lalu sini,singgahlah sekejap. Dari haritu nak singgah sebab tak pernah masuk pasar raya ni. Pusing² terjumpa pula pes kacang merah. 

Harga bawah RM10 untuk 1kg. Selalu ada jual dekat kedai bakeri tapi jaranglah nak jumpa dekat pasar raya kan. Saya terus beli. Tapi kan selepas masak,bila rasa inti beli dgn inti dibuat sendiri,lagi sedap tau inti homemade. Sebab rasa kacang kuat drp rasa manis gula. Macam mana ya nak jelaskan. 🀣 Tapi tak apalah kan nanti kita cuba buat lagi inti sendiri sampai jadi! 

* yg ini kita gentel bulat² 20 gram,nak kurangkan pun boleh. Syok pula gentel.

Ok,sambung balik cerita pasal pau goreng ni,saya dapat dalam 23 ketul doh,saya buat berat 40 gram ada 1 tu je 50 gram sbb nak kurangkan sayang pula 10 gram terbuang. Inti pula saya letak 20 gram,senang pakai inti siap,bulatkan je siap tak payah minyakkan tangan. Jom tengok resepi dekat bawah. πŸ˜‰

Bahan²:-

•500 gram tepung pau (*guna tepung gandum pun boleh)
•50 gram shortening (*guna marjerin pun boleh juga)
•100 gram gula halus
•1/2 sudu teh garam halus
•6 gram yis segera
•250 ml air suam
•Inti kacang merah secukupnya

Cara² :-

1. Masukkan bahan kering dlm mangkuk. Lepas tu tambah air,pastikan air suam ya supaya yis senang nak membiak nanti,kalau tak,tak jadi. Uli dalam 5-10 minit sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Tepung² yg ada dekat tepi mangkuk pun korang sapu habis,jgn biarkan. 

2. Ambil doh seberat 40 gram,letak dlm bekas atau dulang. Biarkan selama 10 minit. Tutup ya bekas/guna plastik untuk elak doh kering. 


3. Selepas 10 minit,jadi macam gambar bawah,naik sikit,yis pun mula bertindak balas sbb ada bau yis tu selepas buka plastik. 

Lepas 10 minit,tiap adunan bulatkan,kemudian leperkan,kalau nak cantik kulit,canaikan lah dohnya. Letak inti,tutup kemas doh balik. Buat sampai habis. Biarkan doh rehat selama 1 jam sebelum digoreng. Kalau nak makan pagi,korang buatlah malam,goreng separuh masak lepas tu frozenkan. Esok pagi tinggal goreng saja. 


4. Ini gambar selepas 1 jam,dia naik sikit.


Goreng selepas minyak panas,guna api sederhana. Bila bahagian bawah dah bertukar warna,boleh terbalikkan. Masak sampai habis. Siap!


Tengok ni! Gebunya kan? Biasa beli nipis je kan,yg ni naik gebu. Oh yeah! πŸ˜† Adunan ni boleh juga kalau nak buat pau sambal ke,roti sosej goreng ke,donut dll yg rasa sesuai. 

6 comments:

  1. Ya Allah, kegemaran saya.
    Makcik saya buat untuk jual. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah
      Saya pun suka juga ni. Hehe
      Cuba risik² resepi dari makcik. Hehe

      Delete
  2. Adik sy suka kuih ni.' Lau kat sabah panggil kuih piang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni...sbb inti dia kacang merah..hehe
      itulah dkt sana panggil kuih piang kan..ada baca dkt blog awk haritu

      Delete
  3. Gigihnya awak nana. Gebu2 je kuih. Haha. Hantar sepinggan sini πŸ˜‚

    ReplyDelete