Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Kuih Cara Manis.

Assalamualaikum dan selamat malam!
(*schedule post)

Semalam mak kata nak makan kuih cara. Mak tak suruh pun saya buat. Kemudian,tetiba saya rasa macam kenapa kita tak cuba buat kan? Dulu mak pernahlah buat,biasalah orang lama ni kalau masak² ni mana ada sukatan tepat. Main agak². Kita yang tak pernah masak tu memang susahlah kan,nasib ada google dan lain² platform sosial. Jadi saya googlelah mana² resepi yang mudah dan bahan senang jumpa. 

Untuk kuih cara manis ni saya jumpa resepi di blog masakan tersohor Azie Kitchen. Untuk acuan saya gunakan acuan yang tak ada lekuk. Acuan tu kakak pinjam. Ada 2 tak silap. Maka yang tinggal acuan telur tu saja. Sebab bentuk macam telur itu yang saya panggil acuan telur. Mak kata acuan tu tak cantik sangat sebab tak ada lekuk. Tapi memandangkan itu saja yang ada,kita pakai sajalah ya. 

Okay jom tengok resepi,

Bahan²:-

•3 cawan santan (*saya guna 2 cawan santan segar + 1 santan kotak)
•3 helai daun pandan
•2 cawan tepung gandum
•secubit garam
•pewarna hijau
•Gula pasir (*untuk inti)

Cara² :-

1. Memula sekali,kisarkan daun pandan dgn santan. Tapiskan. Saya punya santan pekat. Adunan pekat tapi senang je nak tuang dalam acuan. Kalau tak nak pekat sangat boleh guna santan cair.


2. Masukkan tepung gandum,telur,garam,pewarna dan santan pandan tadi dalam blender. Kisar sampai semua sebati. Sekejap je. Tapiskan supaya tak ada ketulan. 


3. Panaskan acuan. Sapu minyak dekat acuan supaya nnt senang nak keluarkan kuih. 

4. Tuang adunan dlm acuan,jgn sampai penuh,lepas itu letak gula pasir atasnya. Kalau saya buat hujung sudu teh tu saya tuang gula atas (*bahagian tengah) adunan. Sikit ke banyak ikutlah selera sendiri. 


5. Masak guna api kecil supaya adunan tak cepat hangit. Tutup acuan dgn penutup periuk masa memasak. Minyak tak perlu sapu selalu tau. Cukup sekali saja.


6. Kuih masak bila tak ada tepung di permukaan kuih. Selepas dah masak bolehlah dipasang²kan. Buat sampai adunan habis. 

Disebabkan ada 1 saja acuan memang terkejar² ya nak masak kuih atas dapur api. Rasa terkilan pula bazir gas memasak. Ish ish ish.

Aha,tadi mak masak ikan cencaru bakar. Saya masak sayur kobis kuah pedas dengan udang. Lepas tu mak suruh saya buat air asam. Tak pernahlah saya buat air asam,kemudiannya cubalah buat tambah² apa yang ada bagi cukup rasa kena dengan tekak sendiri je. Cukup rasa,manis masam masin. Perfectlah kiranya. 🤭

*sorrylah gambar tak senonoh letak. Huhu


Sekian.

7 comments:

  1. Terliur nya tengok kuih cara tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Samalah tahun ni baru cuba buat air asam. Makin lama makin Nana pandai masak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..ikan cencaru bakar + air asam...kuih cara yg manis..

    ReplyDelete
  4. Ray lagi suka cara berlaukk hehe

    ReplyDelete
  5. sebenarnya tak tahu nama kuih tu. tapi pernah makan jugalah..sedapnya ikan cencaru bakar cicah air asam.

    ReplyDelete