Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Donut Pandan.

Assalamualaikum dan selamat malam.
(*entri diperam sejak puasa haritu.)


Antara kuih yang tak jemu dimakan iaitu donat. Donut saya suka makan bentuk bebola sebab sedap dingap (*padahal pujuk hati tak reti buat bentuk bulat. Pakai acuan pun hampeh). Kira² berapa resepi dah cuba untuk buat donut. Yang paling tak suka bila doh lembik. Doh memang jenis lembik terpaksalah kan kita follow resepi bulat². Tapi resepi ni syok nak menguli lepas perap doh tu,sebab doh senang nak canai. 

Bahan :-
  • 1/2 Cawan Air Suam
  • 2 Sb Gula
  • 2 Sb Susu Pekat
  • 11 gm Yis (1 Paket)
  • 4 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sb Marjerin
  • 2 Sb Minyak Masak
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Pelembut Roti (*saya ganti dgn telur sebiji saiz C)
  • 1/2 Cawan Air Pandan
  • 1 sk Pewarna Makanan Hijau
Cara² :-

1. Kacau gula,susu pekat,yis dgn air suam dlm mangkuk. Biarkan sampai berbuih dlm 10 ke 15 minit. Haaaa...kalau berbuih marilah kita ucapkan syukur! 😁

2. Dalam mangkuk lain,campurkan tepung,minyak masak,majerin,garam dan juga telur. Gaul sampai jadi macam serbuk roti. 

3. Bila yis tu dah berbuih campurkan dalam mangkuk. Jangan lupa letak pewarna dgn air pandan sekali ya. Kalau tak mahu guna air pandan boleh ganti air biasa. Uli sampai lembut sebati. 

4. Rehatkan doh dalam 45 ke sejam. Kesian dia penat ya kena uli. Tutup mangkuk dgn kain/apa² yang sesuai supaya tak kering doh tu. 

5. Lepas dah sejam tu bolehlah bentukkan donut ikut rupa yang senang macam saya macam² bentuk ada. 



6. Rehatkan doh lagi dalam 10 minit sebelum digoreng. Haaa...part ni kena ada pembantulah senang kerja nak menggoreng nam uli doh lagi. Stress. 

7. Masak guna api sederhana. Bila bahagian bawah dah kuning,terbalikkan. Jangan selalu balik²kan. Angkat dan toskan lepas tu gaul dengan gula halus.


Lepas ni kalau nak buat donut nak guna resepi ni,ubahlah mana yang boleh. 

No comments:

Post a Comment