Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Bihun Goreng Singapore.

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Berbuka semalam saya cakap dekat mak,nak masak bihun Singapore. Mak okay saja sebab boleh berehat. Hehe. Saya kalau memasak tak suka diganggu,kalau org lain yang memasak saya akan tolong bergantung pada kerajinan. 😆 Bila lihat ramai orang di dapur,memang saya akan 'mendidih'. Lagi satu sebelum memasak,saya suka mengemas dapur,dari menyapu sampah,mop lantai sampailah susun pinggan mangkuk selepas dibasuh. Selepas memasak,saya akan ulang rutin yang sama. Kalau boleh sambil memasak,sambil kemas terus. Senang kerja. 

Baiklah kita sambung cerita pasal bihun. Dulu saya pernah cuba buat bihun serupa,kurang ingat pula resepi,apa² pun nak masak bihun ini tak susah pun sebenarnya kan.Tak letak lada hitam biji yg ditumbuk tapi letak serbuk lada saja. Resepi asal ada letak isi ayam dgn udang tapi saya tak letak pun. Macam² versi bihun Singapore ada,tapi yg ini senang & sedap. Kalau takut² nak agak² letak berapa banyak bahan²,bolehlah dicuba resepi di bawah. 

Bahan² :-

•350 gram/1 bungkus bihun (*celur sekejap dan toskan)
•7 biji bawang merah (**)
•5 ulas bawang putih (**)
•2 sudu besar udang kering (**)(*saja letak)
•1/2 cawan minyak masak
•1 peket kecil bebola ikan (*belah 2/4)
•1 keping kek ikan (*dipotong tengah & hiris sederhana
*1 biji cili merah (*hiris halus)
•100 gram lobak merah (*sagat kasar/potong pjg 3 cm)
•100 gram kobis/sawi
•3 biji telur (*saya masak telur hancur asing)
•2-3 sudu kecil serbuk lada putih/hitam Ajinamoto
•1/2  sudu kecil kicap masin (*saya guna kicap manis,sbb masin tak ada)
•1 1/2 sudu kecil garam
•1/2 cawan air

Cara² :-

1. Bahan bertanda (**) kisarkan atau tumbuk halus. Panaskan minyak,masukkan bahan kisar/tumbuk masak sampai keperangan. 

2. Masukkan sayur,masak sampai layu. Kemudian masukkan kek ikan dgn bebola. Perasakan dgn serbuk lada,kicap manis,dgn garam. Kacau rata. 

3. Masukkan bihun dan air. Kacau hingga bihun lembut. Jangan gaul bihun ganas² ya. 

4. Sedia dihidang! Boleh tabur bawang goreng di atas bihun. Bolehlah makan dgn sambal kicap tapi saya tak buat. Malas. 😆

Resepi diubahsuai sedikit dari sini :- Bihun Goreng Singapore

Sekian terima kasih. 

7 comments:

  1. Haha sama tak suka orang lain kalau sendiri masak. Kemas dulu sebelum masak dan pasti kan kemas lepas masak.
    Pertama kali makan minum Singapore waktu adik ipar buat.
    Rajin juga Nana masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rimas bila ramai orang di dapur. tapi itulah bukan rumah saya. Hahaha... sabar je la.

      saya rajin bila mood baik. hehe

      Delete
  2. Wah sajian bihun dengan campuran ikan ini sedap sekali .. ,terimakasih untuk resepnya ya.
    Siap untuk dipraktekkan.

    ReplyDelete
  3. saya suka bihun yang warna dia ala2 pastel. hahah maksudnya warna macam pudar2 tapi rasa fuhhhh. terliur pulak sambil taip ni haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam tak ada colour/rupa. Tp rasanya sedap! 😁

      Delete
  4. Saya suka makan bihun goreng Singapore ni. Lepastu makan dengan sambal kicap. SEDAPPPPP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu makan kosong. Jarang nak makan dgn sambal kicap.tptgk mostly resepi bihun singapore ni makan sekali dgn sambal kicap eh.

      Delete