Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Ayam Masak Kuah.

Assalamualaikum dan selamat petang!

Dikesempatan masa yang ada sambil² menunggu doh donut kembang ni,kita update blog sekejap ya. Berapa hari tak bercerita dekat sini. Pegang phone dah selalu. Hehe.

Orait,itu hari ada buat ayam percik. Satu jenis berempah,lepas tu konon nak masaklah stail lagi satu ;ayam percik madu. Yang berempah tu sedap jugalah. Nanti saya update resepi. 

Sekarang ni nak cerita pasal ayam percik madu. Haaa...sepatutnya jadi ayam percik. Tapi disebabkan penggunaan santan yang banyak,terpaksalah saya ubah resepi dari percik ke lauk berkuah. 🤣 Rasanya memang sedap! Tak sangka ya pusing² resepi jadilah lauk berkuah. Tak perasan pula guna 3 cawan santan. Nak buang sayang pula sebab dah menumis dengan letak ayam dah. 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – potong 12 (*ni saya guna beberapa ketul ayam sbb yang lain dah buat ayam percik)
  • 3 cawan santan pekat – (*guna santan kotak,1 cawan santan pekat,2 cawan air)
  • 3 sudu besar gula (*ada tambah bberapa sudu lagi. Pandai² la ikut citarasa)
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu teh halba
  • Garam – secukup rasa
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Tomato secukupnya.
Bahan untuk kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 3 cm halia, lengkuas, & kunyit
  • 5 batang serai

Cara² :

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak guna api sederhana. Masukkan ayam sekali. Gaul rata.
2. Lepas 10-15 minit,masukkan santan pekat,air dan bahan perasa. Masak sampai pecah minyak. Bila ayam dah mula masak tu,bolehlah masukkan tomato dipotong baji. Masak lagi dalam 5 minit sebelum tutup api.

Siap,sedap makan panas² dgn nasi putih. 

4 comments:

  1. Replies
    1. Nasib baik sedap. Risau juga membazir pula nanti. Hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah, pastinya sedap
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete