Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Ayam Bakar Mudah.

Assalamualaikum dan selamat malam. 
(*schedule post)

Tak sabarnya nak cerita dalam blog,walaupun dekat instagram dah muatnaik resepi awal sikit daripada blog,dekat blog boleh menulis panjang lebar. Tak ada had askara. Okay² jom kita mulakan cerita.

Itu hari saya ada terbaca entri dekat blog siapa entah kan pasal Baker's Cottage ada buat promosi ayam panggang murah tu. Saya pun terujalah sebab harga murah jugalah untuk seekor lepas tu ada 2 pilihan rasa. Ya lah kadang² badan penat kan tak ada semangat nak memasak. Letih. Baik beli lauk. Saya kongsilah berita ni dengan mak. Benda baik mana boleh tak kongsi sesama. 

Tadi kebetulan saya nak ke pejabat pos di Rantau Panjang,saya tanya mak kalau² ada benda nak kirim ke apa kan. Kena tulis senarai barang siap². Antara barang yang dikirim ialah ayam 2 ekor beli dekat Rantau Panjang (*hintnya RP). Sebab Baker's Cottage letaknya di Rantau Panjang,Klang. Saya ingatkan ayam mentah,jadi selepas dari pejabat pos saya ke Econsave pula,belilah 2 ekor ayam siap potong dgn yakinnya. Balik rumah terus cakap pasal ayam. Rupanya mak suruh beli ayam bakar BC tu. 😅😆🤣 Adeh... 

Maka berbaki masa yang ada,saya terus google resepi ayam bakar yang mudah. Kalau nak keluar balik memang letihlah saya. Huhu. Jadi untuk harini mak cuma tanak nasi saja,lauk pauk semua saya settlekan. Hehe. Masak nasi sebab saya sibuk masak benda lain,saya tak suka stress². Selamat jumpa 1 resepi ni walaupun bahan ada yang tak cukup. 

Jom tengok resepi dekat bawah ni...,

Bahan² :-

•1kg ayam (*saya guna 1 ekor ayam semua bhgian,kalau nak guna bahagian drumstick saja pun boleh)
•120 gram sos cili
•120 gram sos tomato
•120 gram sos tiram (*saya letak 66 gram saja)
•2 sudu besar madu
•2 sudu besar gula
•1 sudu besar garam 
•1 sudu besar serbuk cili
•2 sudu besar lada hitam (*tumbuk lumat dgn bawang putih)
•2 ulas bawang putih 
•2 sudu besar kicap manis (*saja letak)
•60 gram mentega atau marjerin

Cara² :-

1. Satukan semua bahan² dalam periuk KECUALI ayam. Masak sampai marjerin cair. Ketepikan tunggu sejuk.

2. Sementara tu bolehlah bersihkan ayam. Kemudian toskan airnya. 

3. Lumurkan bahan perap pada ayam. Letak sikit minyak. Gaul2 biar sebati semuanya. Perapkan selama 1 jam lebih atau semalaman. Lagi lama lagi sedap. Saya perap 1 jam lebih saja. Tutup dgn plastik wrap. Simpan dlm peti ais. 

4. Panaskan oven dulu dalam 15 minit. Susun ayam dlm loyang,tuangkan baki bahan perap. Bakar ayam guna api atas bawah suhu 180°-200° selama 30-40 minit atau hingga masak. Saya bakar selama 40 minit. 

*Sebelum dibakar. Hehe

5. Lepas dah masak,air lebihan bahan perap jangan dibuang. Boleh buat kuah. Sedap. Saya campur kuah dgn ayam bakar baru sedap. Macam makan ayam percik tu. Nak kuah asing pun boleh. Hehe

Ingat nak makan dgn nasi planta tapi tak sempat pula nak masak sebab dah lambat. Hehe. Lain kali nak cuba buat nasi planta pula. 

Tadi berbuka lauk pauk ini saja,ayam bakar,tauhu kukus dgn kentang rebus. Yang istimewanya saya buat air teh bunga sendiri. Cukuplah. Kuih tak masak harini. Esok lusa kita buat kuih lagi ya. Hehe

Sekian.

6 comments:

  1. Wah semua macam pakat buat ayam panggang/bakar masa bukan puasa ni. Hehe, sebenarnya senang kan buat? Cuma bakar sahaja. Saya minggu lepas panggang/bakar sayur macam kentang dan keledek.

    ReplyDelete
  2. hah baca kt blog mamatisya la psl ayam pangang bakers cottage..hehe..hah mak nk tu..nanti bole la beli sblum 31mei...wat sdiri pn sodap ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam bakar style berkuah macam ni. Tq share resepi.

    ReplyDelete