Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Kotak Raya Che'Nor.

Assalamualaikum dan selamat pagi!
*schedule post


Masa akhir bulan puasa itu hari,mak ada minta tolong,suruh orderkan Kotak Raya Che'Nor ni. Mak memang suka ya makan sambal ikan bilis brand ni,kan ada jual dekat Petronas. Kedai Acheh pun ada juga. Saya pula tak suka sangat makan sambal ikan bilis yang dibotolkan macam ni,ada sesetengah tu rasa ikan bilisnya pahit. Mungkin terlebih garing ke macam mana sebab nak bagi sambal tahan lama kan. 

Saya sebab tak naklah kecewakan mak,saya menurut perintah sajalah kan. Malam mak siap ketuk pintu lagi ya supaya PM seller dekat IG sana tu,saya malaslah pula nak letak link seller tu. Korang boleh search saja "Kotak Raya Che'Nor". Seller itu kira macam agenlah,bukan daripada HQ. Lepas dah PM bagai,esoknya selepas payment saya bagi semua details dekat agen Kapar/Klang. Barang dihantar melalui runner,nasib baiklah tak guna khidmat pengeposan,pos pun dah tutup terima barang masa tu rasanya. 


Okay,kita tak mahu cerita panjanglah bab ni,kita nak tunjuk apa yang ada dalam kotak raya ni,




Raya ke 2 haritu mak masak kuah kacang dengan daging masak hitam,OMG sedapnya ya..lepas tu saya makan sekali dengan serunding ikan,serunding daging dan juga sambal udang. Memang meletoplah rasanya kalau nak cerita. Saya nak kurangkan makan pedas2 tau,tetiba rasa nak makan berkali-kali lepas dah rasa. T_T

sekian terima kasih sudi baca.

6 comments:

  1. Sedap kombinasi semua ya.
    Kesimpulan Kotak Raya Che Nor sedap. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...tp kicap pedas dia tak pedas pun. Kecewa. 😔

      Delete
  2. Jadi serunding Kotak Raya Che' Nor semua sedap ya.
    Alhamdulillah tak sia-sia mak suruh to long belikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk yg suka makan sedaplah kot. 🤣 saya suka so sedap. Hehe...rasanya pun tak berminyak sgt. Ada sesetgh serunding berminyak

      Delete
  3. Belum pernah cuba lagi serunding ikan. Biasa ayam dan daging ja. Nanti boleh la cuba serunding dari Che Nor ni. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya xsekuat daging atau ayam. Sedap jugalah utk tekak sendiri. Selamat hari raya juga! 😁

      Delete