Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Rindu Nak Riadah.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Memandangkan sekarang kan ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau dalam englishnya RMO,maka bagi orang yang sebelum ini rajin beriadah atau bersukan,maka bila kena PKP ni macam kecewa sikitlah kan. 

Macam aku sendiri lah kan,tiap² pagi setiap hari kalau ada kesempatan memang rajin beriadah dekat tempat kegemaran,iaitu Taman Rakyat. Kalau duit ada lebih masuk gym yang kena bayar RM5 utk sehari. Benda dah jadi habit kan. 

Masa puasa pun kalau larat memang aku riadah juga. Sebab dah jadi habit. Hehe. Rasa macam hidup tak bermakna kalau tak keluarkan peluh. Tak ada masalah pun kalau badan melengas bila berpeluh. 

Benda paling dahsyat pernah aku buat selain masa puasa gigih riadah juga,haritu lepas hantar adik balik UiTM Seri Iskandar tu sampai rumah dalam pukul 3 lebih rasanya,aku gigih bawa motor pula pergi Kompleks Sukan Pandamaran Klang tu. Dapatlah pusing 3 round sebab badan dah mula letih dan mengantuk. Dahlah esoknya nak hantar adik lagi seorang balik UiTM Jengka. 


Pasal KSP ni pula aku mula jejakkan kaki masa join satu acara larian dekat sini tahun lepas,tapi tak dapat pun nak pusing 1 round. Trek tak berapa mencabar bagi akulah sebab mendatar je tak macam Taman Rakyat. Ada lah juga bukit dengan tangga boleh didaki. Tapi sejak musim aku nak mengelakkan diri daripada orang-orang tertentu sebab annoying,so kadang aku singgah sini saja. Yang tak seronoknya lagi dekat KSP ni sebab trek dekat dengan jalan utama,lepas tu ada lampu isyarat,banyaklah kereta so macam penyegan pula. 

Ya rindunya dekat Taman Rakyat. 
Gambar bawah ni gambar beberapa hari sebelum RMO,aku sempatlah juga singgah lepaskan rindu siap-siap. TR pun dah semakin terjaga & dibaikpulih. Jalan dekat atas ada sebahagian dah ditar. Entah-entah lepas dah habis RMO ni,tengok-tengok 1 taman dah cantik. Tak sabar pula. Tapi itulah habis RMO,18 April nanti minggu depannya dah puasa tapi saya OKAY. Tak ada masalah pun nak riadah awal pagi. 


Selamat juga aku rajin ambil gambar random masa riadah. Kalau ada dengan Kak Iffah rajin jugalah bergambar. Bawah ni dekat bahagian atas,lepas turun tangga/sebelum nak naik tangga. Boleh nampak masjid kuning,tapak perkuburan Islam dengan HTAR.


Harapnya bila dah habis RMO nanti aku rajinkan dirilah beriadah,insaf dah. Apa-apa pun sekarang kenalah patuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan,antara nak atau tak nak. Untuk kebaikan kita bersama juga,janganlah degil,nanti kena denda,sayang je duit melayang dekat benda tak sepatutnya. 

Sekian terima kasih.

p.s/sekarang tengah rajin mengedit blog. Lama tak main coding. 

Resepi : Aiskrim Sirap Bandung.

Memandangkan ada orang buat permintaan nak aiskrim sirap bandung,aku pun gigihlah tau google cari resepi sbb nak buat aiskrim yg paling sedap.

Sbb kalau bancuh air bandung mmg tak susah pun tapi aku nak rasa yg berlemak manis,gitu. Yang bila beku aiskrimnya tak keras. Nak teksturnya lembut gebu bila makan. 

Google² punya google memang tak ada hasil mcm yang aku nak. Kebanyakkannya share resepi aiskrim viral yg maha manis rasa kesemuanya. Allahu...

Jadi disebabkan kecewa dgn uncle Google,iadi aku pun buat resepi sendiri selepas terbaca resepi viral yg mana ada seorang hamba Allah ni kongsikan resepi biat aiskrim. Sukatan bahan² ada cuma mcm ada yang tak lengkap pula. Resepi sesuai bahan² utk buat aiskrim yg jenis bersusu.

Bahan² :-

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 1/2 tin air (*lebihkan kalau tak suka manis)
1 cawan kordial sirap/apa² perisa kegemaran
1 sudu makan sirap ros (*saja tambah sbb nak warna cantik)
1 sudu kecil esen vanilla (*terpulang nak letak ke tak)
2 1/2 sudu besar tepung jagung (*bancur dgn air sikit sblm tuang dlm periuk)
Plastik aiskrim secukupnya


Cara² :-

1. Campurkan susu pekat,susu cair,kordial sirap & esen vanilla dlm periuk. Panaskan dgn api sederhana. Kacau supaya tak hangus.

2. Bila agak² dah mendidih tu campurkan bancuhan tepung jagung tu dlm periuk. Kacau lagi sampai rata dlm beberapa minit seblm tutup api.

3. Sejukkan seblm tuang dlm plastik aiskrim. Sejukkan semalam. 

Siap! 

Resepi : Agar-agar Sirap.

Assalamualaikum dan selamat petang. 
Okay untuk hari #DudukDiamDiamDekatRumah kali ni,tetiba rasa nak buat agar-agar perisa sirap pula. Aku ni suka sangat ya makan manis. T_T Taubatlah nanti. Sebab ikutkan buat pencuci mulutlah paling senang dalam banyak-banyak benda kalau nak libatkan memasak ni. Kalau nak masak lauk pauk tu bolehlah,tapi selalunya gitu-gitu je la mampu buat. 

Rupanya senang juga buat agar-agar legend ni,tak adalah susah mana asalkan rajin,faham arahan & guna bahan-bahan dengan betul. Resepi ada dekat bawah kalau nak cuba buat. Sukatan gula tu boleh kurangkan sikit kalau tak nak letak 1 cawan,itu pun dah rasa manis sikit bagi aku.


Bahan² :-

■ 10 gram serbuk agar².
■ 1 liter air.
■ 1 cawan gula (*guna gula halus sbb senang larut. Boleh kurangkan kalau nak.)
■ 2 helai daun pandan (*simpulkan.)
■ 1 sudu makan sirap ros.

Cara² :-

1. Semua bahan disatukan dalam periuk,masak sehingga gula larut & mendidih dgn api sederhana.
2. Bila dah mendidih & larut,matikan,tunggu suam sikit sblm tuang dlm acuan puding. 
3. Sejukkan sblm dihidang. 

Siap! 

Kredit : @malina_lina_pg


Resepi : Agar-agar Milo.

Assalamualaikum dan selamat petang. 


Di bawah ialah resepi agar-agar kegemaran legend. Selain agar-agar sirap,yg ini pun sedap juga sebab rasa lemak² manis lembut. Sekarang pun musim panas kan,sedap kalau dpt makan pencuci mulut. Buat sendiri baru puas hati.
Bahan² :-

■10 gram serbuk agar².
■1 tin susu cair
■3/4 cawan Milo
■170 ml air
■150 gram gula pasir (*resepi tak mention pakai gula apa. Better guna gula halus sbb senang larut. Kurangkan kalau tak suka manis.)

Cara² :-

1. Masak serbuk agar²,air dgn gula sampai larut & mendidih.

2. Kemudian,tuang susu. Kacau biar sebati. Lepas tu masukkan Milo. Kacau lagi sampai sebati & mendidih. Tutup api.



3. Tunggu suam seblm tuang dlm acuan. Tapis dulu seblm tuang dlm acuan. Sejukkan lepas tu seblm dihidang. 
Siap! 🤗

Kredit : Google tak ingatlah dekat mana jumpa. 

Resepi : Aiskrim Malaysia Jeli Sumi.

Assalamualaikum dan selamat petang! (*schedule post)

Tetiba rasa nak buat aiskrim Malaysia perisa jeli sumi. Bahan² pun senang. Macam nak buat air koktel je cuma ada letak garam sikit. Btw,kalau rajin boleh letak nata de coco. Malas nak mukadimah panjang sgt,so dipersilakan tengok resepi di bawah. 


Bahan² :-
■1 tin susu cair/sejat
■1 tin susu pekat
■4 tin air kosong/masak
■secubit garam
■2 bungkus jeli sumi
■Plastik aiskrim secukupnya.



Cara² :-
1. Masukkan susu cair,susu pekat dan 1 tin air kosong dgn secubit garam dlm periuk. Masak dgn api kecil ya,sentiasa kacau.

2. Bila dah larut garam tu,masukkan baki 3 tin air kosong. Tutup api. Ketepikan tunggu sejuk.

3. Jeli sumi tu potong la ikut nak besar mana,asalkan nanti senang nak letak dlm plastik aiskrim.

4. Letak sumi dlm plastik aiskrim,kemudian tuang adunan td ikutlah suka hati asalkan jgn penuh nnt nak ikat susah.



5. Bekukan semalaman. 

Sekian

Resepi : Kek Batik Tanpa Telur (V2).

Assalamualaikum dan selamat petang. (*Schedule post)

Resepi kek batik versi 2.0 ni paling sedap setakat dah cuba. Lepas tu banyak belajar tips baru dekat blog pencipta resepi. Yang versi pertama punya resepi kek batik boleh tengok dekat sini -> Kek Batik Tanpa Telur (V1)




Bahan² :-

■200 gram majerin (*nak pakai mentega pun blh).
■200 gram susu pekat manis.
■200 gram Milo.
■30 gram serbuk koko.
■1 paket biskut marie.
■1 sudu kecil tepung kentang (*ganti dgn tepung jagung,fungsi utk adunan serbuk koko dgn milo ni kental sebati & bila makan tak comot tangan)

Cara² buat :-

1. Cairkan majerin dlm kuali dgn api kecil. Kacau² sikit.

2. Bila dah cair,masukkan susu pekat,serbuk koko & juga Milo dlm kuali,kacau rata. (Pastikan dah timbang siap² bahan²,senang lepas majerin cair terus masukkan bahan lain.)

3. Kemudian letak tepung jagung & kacau lg sampai sebati. Agak² dlm beberapa minit tu tutuplah api.

4. Masukkan biskut marie yg dah dipatahkan dlm kuali. (*nak kek batik lembut,tak sakit gigi gigit,biskut tu biar lemau sikit. Nak potong pun senang je)



5. Kacau rata biar biskut & adunan tu sebati. Masukkan dlm acuan sesuai (*letak aluminium foil dlm acuan sesuai supaya senang nnt nak keluarkan kek). Jgn lupa tekan² sikit biar mampat.



6. Simpan dlm peti ais dlm 3-4 jam lebih/semalaman seblm dihidang.


Kredit resepi : @malina_lina_pg