Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Puding Buah Koktail Mudah.

Assalamualaikum dan selamat petang! 


Kalau dah keluar entri,maknanya apa? Ya menjadilah! Jadi kenalah kongsikan utk semua orang. Tak baik kedekut ilmu kan? 🥰

Bahan² semua mudah nak cari,cara nak buat pun inshaaAllah tak susah. Kena ikut langkah demi langkah dengan betullah. Jangan risau ok. Ni buat masa weekend haritu,ingatkan tak menjadi sebab ada step tu macam salah buat. Fuh... lega bila keluarkan dari acuan,cantik sangat. 🤩

Bahan² :-

10 gram serbuk agar²
1 tin susu cair/sejat
1 tin buah koktail (*aku guna brand Fresh Nature yg tin besar,sebaiknya guna tin kecil kalau guna brand FN)
1/2 cawan gula (*boleh lebihkan kalau nak manis)
4 cawan air (*boleh kurangkan jd 3 1/2 cawan kalau tak nak puding berair sgt)

Cara² membuat :-

1. Dalam periuk masukkan serbuk agar²,gula dgn air. Masak dgn api sederhana. Kacau rata ya.
2. Tunggu sampai mendidih,masukkan susu sejat pula. Kacau cepat². Tutup api.
3. Masukkan buah koktail yg ditos airnya,potong kecil kalau perlu. (*Air koktail tu boleh simpan makan dgn puding bila dah siap.) Kacau rata.



4. Tuangkan adunan dlm acuan yg sesuai,tepikan dulu bila dah sejuk/keras sikit simpan dlm peti ais. Sedap makan bila sejuk! 😋


Kredit resepi :- Resepidaria.blogspot.com

Resepi : Kek Batik Tanpa Telur (V1)

Assalamualaikum dan selamat petang. (*Schedule post)


Kek kegemaran, Kek Batik. Selalu gedik suruh mak buat padahal benda senang je kalau tahu resepi nak buat. 

Ada macam² jenis kek batik,ada yg keras,ada yg lembut. Ada yg pakai telur,ada yg tak masukkan telur. Semuanya terpulang pada selera masing².


Bahan² :-

250 gm Mentega/marjerin
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan Milo
2 sudu besar serbuk koko
1 pek Biskut Marie 

Cara² membuat :-

1. Panaskan kuali,masukkan marjerin/mentega. Cairkan dgn api sederhana,jgn sampai hangit.



2. Bila dah cair,masukkan pula susu pekat,esen vanilla,serbuk koko dan juga Milo.

3. Kacau cepat² supaya tak berketul². Kacau sampai adunan sebati dan likat . Bila dah meletup²,tutup api.

4. Patahkan 2 biskut marie tu,campurkan dlm adunan tadi. Gaul sampai rata.

5. Resepi asal buat lapis demi lapis. Adunan tuang dekat loyang,lepas tu susun biskut. Ulang² lapisan sampai habis. Kemudian mampatkan. Tapi malas nak buat. 😅


6. Alas loyang dgn plastik/aluminium foil supaya senang nnt nak bawa keluar kek.


Siap!



kredit resepi : QasehHoney

Resepi : Puding Laici Susu.


Malam tadi rajin buat kek kukus dgn puding. Kek tu tak berapa menjadi. Tapi puding menjadi. Macam biasalah kalau dah berjaya buat,resepi kita simpan sini. Senang nak refer balik. 

Jom tengok bahan² & langkah demi langkah utk membuat Puding Laici Susu. Senang sangat nak buat & sekejap saja dah siap! 🥰



Bahan² :-
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin (buah dgn airnya diasingkan)
3/4 cawan gula pasir (*resepi asal xmention pakai gula apa pula)
5 cawan air
10gm serbuk agar²

Cara² :-
1. Buah laici dgn air diasingkan. Kisar buah laici dgn 1 cawan air laici,yg selebihnya simpan dulu boleh makan dgn puding lepas dah siap. Kisar kasar saja jgn sampai hancur.


2. Masukkan susu cair,gula,serbuk agar²,laici yg dikisar tadi & air ke dalam periuk. Masak sampai mendidih. Sambil² tu kacau lah supaya tahu gula dah larut ke belum.


3. Bila dah larut semua,tutup api dan sejukkan. Tunggu suam2 gitu baru tuang adunan dalam bekas sesuai. Sejukkan dlm peti ais seblm dimakan esok hari.



Sekian. Terima kasih.

Kredit resepi : blog @azlitaaziz .

Resepi : Kek Coklat Moist (Kukus).

Assalamualaikum dan selamat malam. (*Schedule post)


Dah jumpa resepi buat Kek Coklat Moist Kukus yg best,wajiblah kita kongsikan dekat sini. 😋🤗 .

Bahan² :-

(A)
1 cawan gula halus (*saya guna gula kastor)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

(B)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

(C)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara² :-
1. Bahan A = campurkan semua dalam periuk. Masak dgn api kecil sampai larut. Bila dah larut,tutup api & tunggu suam sikit.

2. Bahan B = ayakkan semua. Ketepikan.

3. Bahan C = pukul telur & esen vanila sampai putih gebu/ringan. Gunalah blender/mixer.

4. Bila bahan A dah suam sikit,campurkan bahan A dgn B. Kemudian masukkan bahan C tadi tu. Kacau semua bahan tu sampai sebati &tiada ketulan tepung. Nak senang pakai mixer.

5. Panaskan periuk pengukus. Masukkan adunan dlm bekas sesuai. 

6. Jgn isi adunan sampai penuh sbb nanti dah kukus dia akan naik sikit. Jd nak letak topping tak cantik. 

7. Bila air kukusan dah mendidih,masukkan bekas & kukus 15 minit atau hingga masak (*bergantung pd bekas yg digunakan & berapa banyak adunan korang tuang). Jgn lupa tutup periuk dgn aluminium foil utk elakkan air wap menitik masuk dlm bekas. 

8. Sejukkan seblm disimpan dlm peti ais. Kalau nak letak topping tunggu sejuk sikit. 

RESEPI TOPPING COKLAT 

Bila dah buat kek coklat,mestilah nak kena buat topping juga,baru sedap! Kalau google resepi,banyak sebenarnya cara² nak buat. Bahan pun lebih kurang sama. Tapi suka resepi yg ini sebab senang & bahan semua ada. Hasilnya pun mcm yg saya nak. 

Bahan² :-
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak (*apa² minyak pun boleh)
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Cara :-
1. Semua bahan² ni satukan dalam mangkuk/bekas sesuai. Panaskan dgn kaedah double boiler.

2. Kacau sampai semua sebati. Bila dah rasa berkilat cantik semua dah kacau rata. Tutup api.

3. Lepas tu boleh dicurahkan atas kek & simpan dlm peti ais semalaman. Baru sedap.
Kredit resepi : @MajalahRasa & UmmyDarwisha Mansor.

Resepi : Mi Kering Ala Korea.

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Punyalah payah ya nak jumpa sos Korea ADABI ni. Ish ish ish. Haritu terjumpa dekat supermarket dekat pekan. Terus aku beli sebab malas pula nak beli online. Tapi mahal betul ya. Sekali sajalah aku beli. 🤣


Ini resepi paling mudah sbb tak perlu menumis bagai. Cuma celur bahan² sikit & wallah oh lalala siap! Perisa cuma guna sos Korea dgn kicap manis saja.


Bahan² :-
Mi kering (*guna 2 keping)
Kobis ungu
Sayur salad
Bebola udang,sotong & ikan (*guna real food lah ya baru sedap sikit.)
Cendawan kelabu
1 Tauhu (*potong dadu)
Bawang besar
Sos Korea Adabi
Kicap lemak manis.

Cara² :-

1. Panaskan air dlm periuk. Agak² utk celurkan mi kering. Masukkan dlm 1 sudu teh minyak masak. Bila dah kembang mcm yg awak nak,angkat dan toskan. Ketepikan. 

2. Dlm periuk sama,celurkan semua bahan² sayur kecuali bawang dgn salad. Ikutlah nak celur sekejap ke lama. Seblm tutup api,masukkan bawang dgn salad dan toskan semua bahan.
3. Dlm 1 mangkuk,masukkan mi kering tadi dgn bahan² lain kecuali sos & kicap. 
4. Masukkan sos Korea Adabi dlm 4-5 sudu besar. Ikut citarasalah senang. Kemudian masukkan dlm 2-3 sudu makan kicap lemak manis. Gaul semua dgn sebati. 
5. Boleh masukkan dlm 2-3 sudu teh minyak zaitun utk elakkan mi kering sangat.
6. Bila dah sebati habis,makanlah dgn dimulakan bismillah. 😚
.
Sekian.

Resepi : Aiskrim Homemade Mudah.

Assalamualaikum dan selamat petang!

Haritu macam ada kerajinan sikit nak buat dessert yang mudah & bahan² sedia ada dekat rumah. Kebetulan pula musim panas kan,buatlah aiskrim. Jom! 

Bahan² :-
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (*250 gram) (*tp manis sgt,boleh krgkan kalau nak)
2 sudu makan gula pasir
1 penutup penuh esen vanila
2 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk koko (*optional)
Coklat urai (*optional)
Oreo (*optional)
.
Cara²
1. Semua bahan² atas tu masukkan dlm mangkuk sesuai. Pukul guna mixer selama 15 minit atau lebih. Kalau pukul lama lagi ringanlah teksturnya. Tapi itulah jenuh nak pegang sbb pakai hand mixer je. 🤣
2. Bila dah pekat likat,colek sikit jari & rasa. Walaweh...sedapnya! 🥺
3. Ok gurau. Bila dah siap pukul sampai lenguh tangan,bahagikan adunan ikutlah berapa korang nak buat. Mcm saya,buat 2 saja. 1 letak serbuk koko manakala baki adunan asal. 
4. Lepas tu bolehlah letak apa² pilihan nak letak dlm aiskrim. Oreo,chocolate rice/cincang kasar etc.

5. Letak dlm bekas sesuai & sejukkan semalaman seblm dingap! 🥰 Gambar last tu tak habis beku lagi. Tapi keras sikit mmg sedap. Omg. 🎉

Sekian

Kredit resepi : @MajalahRasa