Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Butik Ibu Dan Anak Puncak Alam.

Assalamualaikum dan selamat petang!
*schedule post


Itu hari kakak ada minta tolong suruh carikan garlic balm untuk bayi. Katanya urgent,ya la saya pun tak mahulah bertangguh untuk cari balm sebab bayi kan,antibodi masih lemah lagi. Saya pun googlelah,kalau boleh tak mahu beli secara atas talian disebabkan masa pengeposan yang lambat. Hari ni bayar,esok pos,lusa atau selang berapa hari baru dapat dekat tangan. Leceh pula dah kan. Kakak nak jenama Susuk Manja,yang ada gambar baby tu...macam ni...,

Tiada penerangan foto disediakan.

Bila dah jelas ni senang sikit nak mencari. Cari dekat IG jumpa seller ni,rupanya ada butik jual barangan untuk ibu dan anak,terletak dekat Puncak Alam,wah,tak jauh juga kalau ikutkan dari rumah ke PALAM. Lebih kurang setengah jam,bolehlah dikira dekat dibanding ke Shah Alam. Masa pertama kali ke sini,saya naik motor,buka maps tapi pakai earphone so nanti navigator tu bersuara,dengarlah walaupun tak tengok pada skrin. hehe. Rupanya tak susah pun nak datang ke sini,maklumlah tak pernah lagi ke situ jadi macam risau tersesat pula kan. Kali ke dua datang sini lagi sebab kakak kirim barang lagi,kita jadilah personal shopper sehari sekejap,mengajaklah mak ke situ naik kereta. Jalan ke sini memang best walaupun ada selekoh seram. 



Seronok ya butik ni sebab apa yang kakak cari kebanyakkannya ada dekat situ,yang tak ada sebab barang dah habis stok/sebab harga mahal. Yang memang susah nak cari dekat pasar raya,kita belilah,mana yang boleh jumpa dekat Econsave,Tesco bagai semua,kita beli dekat sana. Sebab seperti yang korang sedia maklumlah kan,barang keperluan untuk bayi/budak memang harga boleh tahan juga kan. Saya tolong belikan barang kakak pun,guna duit saya dulu,berapa ratus boleh habis untuk seorang saja. Kenalah pandai berjimat kan bila dah ada anak sebab ada duit lebih boleh bersedia untuk beli keperluan lain. 


Yang seronoknya,bila whatsapp nombor butik,memang pantas ya responsnya! Kadang bila kakak minta kirim sesuatu,saya akan terus whatsapp tanya ada ke produk sekian-sekian dekat butik. Kalau ada,rezekilah,tak ada tak apa,kita usaha cari sampai dapat. Apa-apa bolehlah whatsapp,www.wasap.my/+60123845711. Boleh juga tengok IG butik -> https://www.instagram.com/mamaslove.puncakalam/?hl=en


Sekian.

Ambil Barang Adik Di Kolej (2)

Assalamualaikum dan selamat pagi!
*schedule post

(P) = adik perempuan
(L) = adik lelaki

Okay kita sambung balik cerita. Kali ini nak ambil barang adik bongsu lelaki dekat Seri Iskandar,Perak pula. Maka hari Sabtu itu bertolaklah kami 4 orang. Adik (P) yg belajar Pahang tu nak ikut,dia tak pernah sampai ke cawangan ini lagi. Adoi,dah macam bercuti² Malaysia pula ya. Si L kata barang²nya sikit so macam fikir tak apalah kan kalau nak pergi 4 orang. Kalau kereta tak muat sorang duduk atas bumbunglah. 🤣

Bertolak sama juga macam ke Pahang,dalam pukul 10/11 lebih sebelum 11.30 dah gerak. Sebelum keluar saya sempatlah masak rendang Kelantan,tapi separuh masak suruh mak pula sebab nak gerak dah. Kempunan ya nak makan rendang masak sendiri. 😆 Sempat bawa bekal lauk kuah kacang,nasi himpit dgn mee goreng. Masa pergi ni memang mendebarkan,dekat rumah dah mula mendung. Tapi tak hujan sampailah dekat kawasan nak ke Setia Alam,kalau nak masuk federal highway lalu sini,dah mula hujan rintik². 

Dekat LDP pula dah mula hujan makin lebat. Tabah je la walaupun masa pergi bukan saya yg memandu tapi risau juga sebab memang kabur sekaburnya lah pandangan. Doa banyak²lah masa tu. Sampai Rawang ya lebatnya. Tiap masa saya akan update status dekat whatsapp group keluarga sebab tak mahu mak risau ke apa kan. Ingatkan dah keluar Selangor tak hujan,hujan juga walaupun sekejap,sekejap. 😖 Dalam masa hujan,digalakkan berdoa,so saya berdoalah petang turn saya drive nanti tak hujan lebat & trafik lancar. 😇 

Ada la juga berhenti sekejap dekat RnR tapi setakat nak buang air je la dgn rehat sekejap sebab nak sampai sebelum 4 petang. Bila dah masuk pekan nak ke Seri Iskandar dah lega dah. 

Sampai UiTM Seri Iskandar dalam lagi 30 minit ke berapa entah sebelum pukul 4 petang. Ini dekat pintu depan. Sampai pondok depan,polis bantuan tu kata kena tunggu pukul 4 baru boleh masuk 2 orang saja. Yang lain duduk dekat luar (*luar ada pondok bas & track jogging ada la juga kerusi taman / dekat dalam ada khemah tapi kena jalan sikit.) Maka kami pun merayaulah sementara tunggu pukul 4. Plan asalnya nak pergi Mcd beli aiskrim wpun cuaca sejuk berangin tapi rasa nak makan. Tapi drive thru punyalah panjang! Sekarang nak makan dalam pun kena ikut turn,tak boleh masuk ramai². Malaslah tunggu. Last² saya beli aiskrim dekat stesen minyak sebelahnya. 


Makan²,gerak dulu balik U tapi belum pukul 4 lagi,saja gatal pusing lepas tu U-turn. Bila dah lagi berapa minit nak pukul 4,turunkan abang dgn si P sebelum pondok polis sebab kan boleh masuk 2 orang saja. (P.s/Seblm keluar rumah,L ada bagi borang,suruh isi. Ada bahagian NAMA PENGIRING,saya tulislah nama saya,tak terfikir pula ya sbb saya ingat nak suruh abang temankan sebab yg P semalamnya saya dah teman sampai ke kolej). Nasib baik saya tak suruh abang teman sebab dalam borang dah tulis nama saya,karang polis pelik kenapa jantina lain pula. 🤣

Sebelum masuk lepas pagar,polis bantuan yg jaga,akan ambil suhu dan semak borang yang dah diisi. Haaaa....tiba² suhu saya 38.7! Sebabnya saya tutup aircond sementara tunggu turn saya. 🤣 Panaslah kan. Lepas tu polis tu suruh gosok² dahi bagi sejuk sikit,scan lagi sekali suhu normal dah. Lega. Terus ke kolej adik,macam biasalah kena lalu jalan yang jauh dulu,sebab jalan untuk keluar dgn masuk lain,pihak U dah letak papan tanda dah. 

Sebelum masuk bilik kena check in juga. So saya tunggulah dekat tempat parking. Bilik adik senang,dekat tingkat bawah je. Ingatkan barang dia tak banyak ya,lelaki kan tak banyaj songeh sangat kan...sekali kau haaaa...segeduk dia bawa keluar. 

Ingatkan barang sikit,selamat beg roda dah bawa balik. Kereta kecil je pun. 🤣 Lepas dah susun dekat belakang,dia masuk bilik balik,sekali sampai dekat kereta bawa banyak barang lagi. Ah,sudah. 

Barang banyak tp barang kecil² je. Okaylah yang masa ringan kita suruh pegang je letak atas paha. Selesalah untuk 2 orang yang duduk dekat belakang. Kata barang tak banyak apa dia... 😒 Lepas dah check out semua,nak balik kena lalu pintu belakang. Keluar sikit ke jalan besar terus ke pintu masuk tadi sebab nak ambil abang dgn P yang kena tunggu dekat luar tadi. 

Sebelum balik sempatlah ambil gambar dekat tasik sbb pintu depan yang ada trek jogging tu ada tasik. Memang cantik! 

Gambar atas ni dengan si P. Bergambar sakanlah kitaorang berdua. Yang lelaki duduk dalam kereta diam². Hehe. Dah puas bergambar baru balik. Haaa...petang sampai ke malam tak hujan pun tau. Lega sikit. Sampai rumah dalam pukul 8 lebih sama macam balik dari Pahang semalam. Balik² terus melantak macam kebulur ya. 

Sekian. 

Ambil Barang Adik Di Kolej (1)

Assalamualaikum dan selamat pagi!
*schedule post


Okay,sebenarnya kejadian ini berlaku pada hari Jumaat dengan Sabtu yang lepas. Baru tergerak nak cerita dekat sini sebab nak kemas galeri telefon. Sayang pula banyak gambar. 

Pada hari Jumaat lalu,kami bertiga (*saya,abang sulung dgn adik perempuan) pergi ke Jengka,Pahang. Sekarang kan pelajar universiti dibenarkan pulang ke kolej untuk ambil barang peribadi yang tertinggal masa tempoh PKP haritu. Macam adik saya,masing² balik sehari awal sebelum pelaksanaan PKP. Syukurlah ada barang dibawa balik sikit masa tu. 

Tak silap pihak UiTM sendiri ada keluarkan jadual untuk cawangan sekian² tarikh sekian² dibenarkan datang. Lelaki dgn perempuan pun berbeza tarikh. Macam adik perempuan ni dgn adik lelaki bongsu (*Perak) kitaorang selesaikan dalam minggu sama. Senang sikit kerja tak payah nak tunggu berselang minggu. Lagipun pilih minggu lepas pun sebab nak elakkan sesak tambah² lagi bila nak lalu KARAK.

Waktu untuk pengambilan barang di kolej bermula dari pukul 4 petang. Jadi dari Klang,dalam pukul 10 lebih dah mula bertolak siap bawa bekal makanan. Hehe. Memang RnR dah buka,tapi sekarang nak berjimat kan,duit yg ada untuk minyak dgn topup TnG. Selalunya kalau pergi saya suruh abang yg memandu dulu sbb masa pergi kan macam terkejar² masa & saya nak rehat dulu sebab paginya sempat jogging dulu.


*biskut Cornflakes rangup. Malamnya baru dibakar. Hehe. Punyalah teruja nak jalan jauh,siap buat kudap-kudapan. Resepi nantilah ya. 😅🤣

Haaaa,bila nak pergi Pahang ni memang tak sah kan lalu Karak,saya paling benci lalu sini lagi bila dah gelap atau banyak kereta. Alhamdulillah minggu lepas dalam tengahari macam tu trafik semua lancar. Mungkin petang sikit sesaklah kot eh sbb kan dah boleh balik kampung. Masa pagi tu cuaca mendung,hujan sikit. Sampai Pahang dah mula cuaca terik. 



Lepas masuk tol Chenor,depan tu ada simpang,ke kanan masuk jalan Felda,ini lah jalan paling membosankan dan mengantuk. Dulu duduk sebelah driver,tiba² terlelap tau! Tak mengantuk pun. 🤣 Sekarang dah okay sikit,celik mata terus. Dekat sini banyak juga jalan selekoh,double line. Lori pun banyak maklumlah sini tengah nak lebarkan jalan. Lepas jalan Felda,masuk kanan. Bila nak masuk UiTM rupanya kena lalu jalan lain. Sebab jalan ditutup. Terpaksa guna jalan shortcut untuk sampai ke UiTM. Masuk jalan perumahan yg sempit. 😅 Jumpa juga jalan masuk! 

Bila dah masuk pagar,dekat pondok polis tu kena tahan dulu,sebab nak ambil suhu,lepas tu cuma 2 orang saja yg dibenarkan ke kolej. Lagi seorang kena duduk dekat khemah. So,saya ikut,hantar dia sampai ke kolej. Lepas tu nak ke kolej pula tak lalu jalan sama,kena guna jalan lain tapi dah dalam kawasan yang sama kan,tak payah risau jumpa juga kolejnya. 

Sebelum sampai kolej,pelajar kena turun dulu dekat cafe. Untuk check in. Manakala penjaga boleh terus ke parking kolej. Saya rasalah kan,tiap kolej ada tarikh lain². Sebab masa saya sampai kolej adik saja yg ada pelajar datang bersama penjaga untuk ambil barang. Bagus juga tak payah berebut parking. 😅🤣

Kolej adik paling hujung. Bangunan macam apartment. Rumah baru. Rezeki dialah dapat kolej. 1 rumah ada 4 bilik. Tingkat 9. Haritu dia seorang saja ada dekat tingkat 9. Nasib baik dia berani. Lepas angkut barang,selamat ada lif,dia letak bawah dulu baru masukkan dalam kereta. Biasalah kan perempuan. Barang mmg banyak. Settle semua serahkan kunci dekat warden dan check out. Baliklah tapi kena ambil abang dekat khemah,nasib baik tak tertinggal. 🤣

Sekian.

Resepi : Kuih Bahulu Mudah.

Assalamualaikum dan selamat pagi teman²! 😘

Malam tadi sempatlah buat kuih bahulu versi senang & boleh jamin,budak pun boleh buat tau! Haaa,macam tipu je ya? 😅 Tak percaya ya? Baca sampai habis. 

Okay,kita buat bahulu (*tak segebu & ringan mcm bahulu selalu makan,saja beritahu awal² supaya tak ada yg kecewa pula nanti). Bahulu ni pula kita masak guna sandwich maker (SM),bukan guna dapur gas atau ketuhar. Haaaa,kan dah kata budak pun boleh buat tau! Hehe Selalu SM tu kita masak roti je kan,kali ni kita masak bahulu. 

Jom tengok cara² nak buat dekat bawah ni...btw minta maaf banyak² gambar tak banyak pun ambil dalam proses masak. 😅 Kita mengantuk sangat lepas siap bahulu terus siap² utk tidur. 

Bahan² 

•1 cawan tepung gandum (*saya guna tepung halus)
•1-3/4 cawan gula (*saya guna 3/4 cawan,tak manis sgt,kira okay bagi saya. Saya guna gula kastor)
•3 biji telur (*saya guna telur gred C)

Cara² 

1. Ayak tepung dlm bekas,ketepikan dulu.

2. Blend telur dgn gula sampai gebu hancur. Campurkan dlm bekas tepung tadi,kacau sampai tak ada ketulan. 

3. Panaskan SM,sapu majerin sikit,saya sapu dekat bahagian bawah je. Tuang adunan,saya tak tuang sampai penuh,sikit² je. Tutup dan tunggu sampai masak dlm 5 minit lebih,kalau nak garing tunggu la lama sikit. Saya buat asal masak je sebab mengantuk dah. 

Buat sampai habis,adunan boleh dapat dalam 12 ketul. Cukup² 12. Nak lebih gandakan. Lepas ni bolehlah nak masak lagi guna SM. Senang kan?

Kredit :


Serunding Halia.

Assalamualaikum dan selamat pagi! 😊

Malam tadi kita buat serunding halia. Ini 1st time saya dengar serunding halia,gara² Google lauk berpantang terjumpa orang pantang makan serunding halia/bawang putih goreng. Kita buatlah serunding. Kakak dah selamat lahirkan anak buah pertama Rabu lepas tapi masih ada di hospital. Semoga semuanya baik² sajalah. 😊

Nak buat tak susah pun. Apa yang diperlukan cuma 1kg atau ikutlah banyak mana nak pakai halia tua. Kupas bersih-basuh-hiris halus-letak atas dulang,ratakan supaya kering. Sebab kalau lepas hiris kita basuh,nanti bila goreng halia basah hasilnya lambat masak. 

Ini sebelum digoreng. Nampak macam cheese je kan? Hehe. Bawah ni dah siap goreng.


Saya tak hiris halus sangat. Tahu tak dari malam kelmarin projek ni malam tadi baru siap! 😅🤣 Penat tangan nak kupas kulit,lepas tu hiris halus lagi. Kalau sagat,cepat hangit. Saya guna kurang 1kg,sebab tak larat nak hiris dah. Panaskan minyak guna api sederhana,masak sampai bertukar warna. Saya tak letak bahan perasa pun. Enak dimakan dengan nasi panas². 😁

Kalau nak tahan lama dan ranggup,bolehlah dibakar kejap serundingnya. Bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. 

Sekian

Resepi : Tart Coklat Mudah.

Assalamualaikum dan selamat malam.
*schedule post

Lama sungguh tak makan tart. Last makan masa tahun lepas rasanya. Masa tengah rehat,alang² lalu depan kedai jual tart. Kita risik² harga dulu biasanya lepas tu nak makan sangat belilah seketul dua,bab makanan ni memanglah tak usah berkira sangat tapi biasa lepas dah habiskan duit dekat makanan,mesti menyesal. 😅 Itulah guna duit tak berhemah ya. 

Dulu² kan kakak pernahlah buat cheese tart. Saya tunggu masa je nak makan. Bukan nak tolong sangat pun. Haha. Baru² ni rasa nak makan,mentega dengan tepung banyak,apa lagi,Googlelah resepi tart. Saya cuba resepi dekat sini,pertama kali cuba buat sendiri tart,masa buat adunan memang mudah. Cuma masa nak bentukkan doh dalam acuan tu kena banyakkan praktislah sbb saya buat tak berapa cantik dan kemas pun. Memang tebal sikit.  

Jom tengok resepi,

Bahan²

[TART SHELL]

•250 gram mentega (*suhu bilik,jgn lembut sgt)
•100 gram gula halus
•1 sudu teh esen vanila .
•2 sudu teh air sejuk
•1 biji telur
•480 gram tepung gandum
•Acuan tart secukupnya

[INTI COKLAT]

•200 gram coklat masakan (*better guna bittersweet/tambah serbuk koko dlm coklat masa tgh double boiler sbb manis,saya guna brand murah je. 😅)(*potong kecil)
•100 ml susu cair/susu segar
•1 sudu teh marjerin/mentega

Cara² 
1. Pukul mentega,gula dgn esen vanila sampai kembang,kemudian masukkan telur dgn air sejuk. Pukul lagi sampai berkrim/sebati.

2. Masukkan tepung gandum sikit² sambil kacau guna senduk sampai jadi doh yg lembut. Tak perlu tambah tepung tau. Adunan mmg akan jd doh yg lembut. 

3. Mcm saya acuan besar so saya ambil 20 gram doh,bulatkan lepas tu ratakan dkt tpk tgn,masukkan dlm acuan,kemaskan dgn cara tekan² sekeliling acuan. Lebihan doh yg keluar tu ratakan dgn belakang pisau. Buat sampai habis. Tak ingatlah dpt berapa. Cucuk tengah doh dgn garfu.

4. Bakar dgn suhu 150°C selama 20-25 minit. Kalau 20 minit masak je,tart tak sesuai kalau keras sgt kan. Bila dah sejuk,bolehlah keluarkan tart shell keluar dr acuan. Tunggu tart shell sejuk dulu baru simpan dlm bekas kedap udara.

5. Utk INTI COKLAT pula :- Cairkan coklat masakan dgn susu cair dgn kaedah double boiler,saya ada ltk 1 sudu teh serbuk koko sekali,biarkan sampai cair. Bila dah cair,tutup api,masukkan marjerin,kacau sampai sebati. Tunggu sejuk baru tuang inti dlm tart shell. Simpan dlm peti ais supaya coklat keras sikit. (*tp lepas keluarkan dari peti,coklat akan cair sikit dlm beberapa minit suhu bilik)

Saya tabur sikit serbuk koko sbb coklat manis sangat. 🤣


Atas sebelum dibekukan,bawah ni selepas dibeku semalaman.

Untuk entri ni saya ada guna 2 sumber resepi inti. Asalnya saya buat inti coklat,lepas tu baki tart shell ada berapa ketul lagi,itu yang kita buat inti kastard pula. Sayang pula kalau tart shell kita buang,bukan senang nak buat tau. 😅 

[INTI KASTARD]
  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 1/2 Sb Gula
  • 1 1/2 Sb Tepung Kastard
  • 1 Sb Mentega
  • 1 tsp Esen Vanila
  • Buah pilihan masing-masing 
Cara² 
  1. Masukkan susu segar, gula dan juga tepung jagung ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung sebati.
  2. Masak adunan tadi di atas dapur sehingga adunan menjadi likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  3. Apabila telah likat, angkat periuk daripada dapur.
  4. Masukkan mentega dan juga esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Sejukkan adunan dan masukkannya ke dalam piping bag. Kemudian, pipekan ke dalam kulit tart.
  6. Hiaskan dengan buah-buahan kegemaran masing-masing.

Kredit :- 

Resepi : Kerabu Kacang Botol.

Assalamualaikum dan selamat petang! 
*schedule post

Okay semalam masa nak gerak balik,perut berkeroncong habis. Tak tahan lah kalau dah lapar ni. Ingat nak beli lauk dekat luar tapi kita malaslah nak singgah sana sini,nak balik terus kemas². Balik terus masuk dapur bersiap untuk memasak,patutnya mandi dulu kan. Huhu. Jimat duit kalau masak sendiri. Beli luar mana cukup 1 lauk. Mesti nak beli banyak punya. 

Lagi satu nak bebel,kenapa ya kereta semua bawa laju² sekarang. 🤣😂 Sis takut ya tengok kereta kiri kanan depan belakang bawa macam apa. Kalau bawa motor tak ada sangat perasaan takut,wpun risiko tinggi,tapi bawa kereta ni,adoi tak apalah janji selamat pergi balik. Kalau bawa kereta dekat Klang,haaaa...faham²lah sendiri. Belum lagi jalan raya teruk berlubang sana sini. 

Okay sambung balik pasal kerabu,saya suka sangat makan kerabu. Sebab ranggup dan mungkin sbb mindset dah fikir, kerabu=sihat. Proses masak pun tak gunakan minyak kecuali kalau korang nak goreng kelapa tu bagi garing. Tapi konon sihat pun kalori tetap ada. Hehe. Lepas dah pandai masak kerabu taugeh,sekarang dah pandai buat kerabu kacang botol pula. 

Nak cuba belajar buat nasi kerabu pula,tapi bila tengok nak buatnya punyalah leceh sbb ada side dish kan,yang mana tak penting pun sbb yg paling penting nasinya dgn lauk. Rasa macam baik beli dekat tepi jalan. 😅🤣 Dekat sini tak jumpa lagi orang jual nasi kerabu masa PKPB. Ke sebab mata tak melilau cari. Sekarang pun dah jarang makan luar,rasanya dari dulu memang jarang makan luar. Kecuali kalau lapar sangat pastu tak larat memasak. 

Eh melalut pula kan...maafkan saya. Maklumlah musim hujan,tiber. Sini baru lepas berhenti hujan. Lebat! 

Resepi saya jumpa dekat sini https://m.facebook.com/syioknyadapurmarianazainal/posts/1936569499981569. Tapi ada adjust sikit gatal tangan sikit. Hehe

Bahan² 

•15 tangkai kacang botol
•1 sudu besar gula
•1 sudu teh garam
•2 genggam sedang kelapa parut putih (*lebih krg 1 cawan kopi)
•1 biji bawang besar (**)
•2 ulas bawang putih (**)
•1 biji bawang merah (*saja letak)(**)
•3 biji cili besar (*saya guna 2 cili merah + 1 cili cili hijau)(**)
•5 biji cili padi (*tambah kalau suka pedas)(**)
•1/2-1 sudu teh serbuk kunyit(**)
•Secubit kecil udang kering (**)
•Gula kabong saiz besar ibu jari (*saja tambah)(**)

Cara²

1. Mula²,kacang botol tu potong saiz sedang,tak tebal tak nipis,basuh dan toskan. Ketepikan.

2. Bahan² bertanda (**) tumbuk sampai lumat.

3. Goreng tanpa minyak bahan tumbuk,bila dah kering sikit tambah kelapa parut. Goreng lagi sampai semuanya kering. Tutup api.

4. Dlm mangkuk,campurkan bahan goreng tadi dgn kacang botol. Gaul sampai semua sebati. Siap! 😁☺

Sekian terima kasih. 

Resepi : Kek Marble Susu.

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Semalam selepas maghrib,sajalah nak membakar kek marble. Patutnya awal pagi raya pertama kita hidangkan,tapi mood pun tak ada kita tangguhkan buat bila dah sedia. Memandangkan semalam mood baik,kita buatlah kek marble. Haaa,abang suka beli kek marble yg ada jual dekat pasar raya tu. Brand apa,Samudera ke apa benda entah,lupa. Saya dah pesan siap²,jangan beli kek marble sbb nak bakar kek. 

Kek buat sendiri kalau pandai simpan,memang boleh tahan lama kan.  Harap habis cepatlah. Boleh buat kek lain pula. 🤣

Jom kita tengok cara² nak membuat kek marble susu yang sedap sangat sampai makan berkali². Ehehe

Bahan² :-

•4 biji telur (*saya guna gred A)
•250 gram mentega (*suhu bilik)(*guna Buttercup)
•1 cawan gula halus
•2 sudu besar susu tepung
•1 sudu kecil esen vanila
•2 cawan tepung gandum (**)
•1 sudu teh serbuk penaik (**)
•1/2 sudu teh soda bikarbonat (**)
•2 sudu besar serbuk koko
•2 sudu besar air panas

Cara² :-

1. Bahan yg bertanda (**) sila ayakkan bersama,ketepikan. 

2. Pukul mentega dgn gula halus sampai kembang,bertukar warna. Bila dah kembang masukkan esen vanila dgn susu tepung. Pukul rata. 


3. Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi sampai kembang. Bila dah kembang,masukkan bahan yg diayak tadi. Gaul rata sampai semua sebati. Gaul guna senduk kayu pun dah ok. Ketepikan kejap.


4. Dlm mangkuk lain,campurkan serbuk koko dgn air panas. Gaul sampai sebati. Masukkan bbrapa sudu adunan kek tadi dlm mangkuk koko. Separuh lg biarkan perisa asal. Gaul sebati. 


5. Alas loyang dgn baking paper atau glis dgn majerin,tuang adunan koko dulu lepas tu tuang adunan asli. Buat selang seli sampai habis. Lepas tu lorekkan adunan dgn lidi supaya ada corak marble tu. 

6. Panaskan oven suhu 150°c selama 10 minit. Masak selama 1 jam atau hingga masak (*resepi asal dia masak sampai 40 minit je. Tp saya ikut,tak masak dalamnya so saya lebihkan masa ). Cucuk kek dgn lidi kalau tak ada yg melekat,masak dah. Kalau ada adunan melekat,masak sikit lagi.


7. Bila dah siap,tunggu sejuk dulu baru potong.


Kredit :- https://www.wanisukarno.com/2019/07/resepi-kek-marble-susu-buttercup-raya-yang-lembut-moist-dan-gebu-sukatan-cawan.html?m=1

Sekian terima kasih.