Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

#NanaJualBuku : Adult Colouring Books.

Assalamualaikum dan salam Jumaat!
*Auto post*

Okay,kali ini nak let go buku mewarna ada terbeli itu hari. Tak tahulah kenapa TERBELI. haha. Ada 3 buah buku ya,buku masih dalam keadaan baik dan baru. Bau pun wangi lagi. 

**********

1.







Siri Vive Le Colour! ada 2 buku :-
1. Cats
2. Hearts

Tahun Terbit :-
2017

Harga :
Setiap 1 buku harga RM 9.90

* Setiap buku ada 72 helai design,kertas boleh dikoyak selepas mewarna bolehlah koyak tampal dekat dinding ke mana-mana,ikut suka korang.


2.






Tajuk :
Tropical Wonderland [30 Colouring In Postcards]

Artis :
Millie Marotta.

Penerbit :
Batsford.

TahunTerbit :
2016

Harga :
RM 9.90

* p.s/Buku ini konsepnya macam poskadlah,saiz pun saiz poskad,kertas keras sikit,tebal. Boleh dikoyak lepas diwarna. 



**********

Semua buku dekat atas,harga belum termasuk kos penghantaran sekali. 

Kalau duduk sekitar Kapar/Klang/Meru/Setia Alam/Shah Alam,kalau nak COD boleh saja tapi weekendlah,caj RM3 saja.

Kalau berminat bolehlah whatsapp nombor ini http://www.wasap.my/60176268247/BeliBuku.
Sila nyatakan sekali tajuk buku,kalau nak lebih details pasal buku ke apa,bolehlah chat.

Sekian,terima kasih sudi baca.

#NanaJualBuku : Buku Terpakai (Art/Craft).

Assalamualaikum dan selamat malam!
*Schedule post*

Okay,buku-buku di bawah semuanya masih baru lagi. Kualiti pun kira rate 10/10 lah ya. Semua dalam keadaan baik lagi. Segala details ada di bawah.

***************

1.



Saiz buku ini agak besar jugalah. Harap maklum.




Tajuk 
Craft Wisdom & Know-How [Everything You Need To Know To Stitch,Sculpt,Bead and Build].

Penulis 
Editors of Lark Crafts.

Penerbit :
Black Dog & Leventhal Publishers.

Tahun Terbit :
2011

Bil.muka surat :
462

Harga 
RM17.90
2.







Tajuk 
The Crafter's Market [The DIY Resource For Creating A Succefful And Profitable Craft Business]

Penulis 
-

Penerbit :
Fons & Porter.

Tahun Terbit :
2017.

Bil.muka surat :
381.

Harga 
RM19.90




***************
Semua buku dekat atas,harga belum termasuk kos penghantaran sekali. 

Kalau duduk sekitar Kapar/Klang/Meru/Setia Alam/Shah Alam,kalau nak COD boleh saja tapi weekendlah,caj RM3 saja.

Kalau berminat bolehlah whatsapp nombor ini http://www.wasap.my/60176268247/BeliBuku.
Sila nyatakan sekali tajuk buku,kalau nak lebih details pasal buku ke apa,bolehlah chat.

Sekian,terima kasih sudi baca.

Projek Kraf : Tutorial Buat Keychain Nama.

Assalamualaikum dan selamat malam! 
*Schedule post*


Kali ini nak kongsikan tutorial buat keychain nama pula! Tak susah pun asalkan ada bahan ya anak-anak sekalian. 

Bahan-bahan:-

1. Keychain ring
2. Hanger charm
3. Loceng (*terpulang)
4. Jump ring

5. Charm bentuk pilihan sendiri,ikut suka hati,aku guna bentuk strawberi dengan bunga.
6. Manik huruf/alphabet bead
  • Manik huruf ni ada macam-macam jenis,tapi aku cuma beli jenis bentuk bulat macam di bawah,hitam dengan putih,warna emas pun ada juga tapi mahal sikitlah. Bentuk kiub pun ada juga. Terpulanglah nak jenis macam mana. 

7. Manik warna ikut pilihan masing-masing.
8. Playar
9. Cutter
10. Tali tangsi elastik.



Cara-cara:-

1. Okay susunan akan jadi macam ini 2 atau 3 manik-manik huruf-manik-2 atau 3 manik [Contoh macam gambar keychain nama yang dah siap dekat bawah yang ke dua tu. Buat susunan macam itu. Kalau nama ada 2 perkataan letaklah manik dekat tengah antara nama,barulah teratur sikit. Kalau nama satu perkataan saja,tak perlu letak (gambar 1).]


2. Bila dah siap susun manik segala,masukkan hanger charm macam dalam gambar dekat atas ni,kemudian ikat hujung tali dekat rantai keychain,ikat mati ya. Macam dalam gambar dekat bawah ni,
3. Dah selesai ikat mati,ambil charm bentuk pilihan masing-masing,letak dalam jump ring dengan letak loceng. Masukkan dalam lubanag hanger charm,ketatkan dengan playar.

4. Bahagian hujung sekali,ikat mati tali. Yang lebih silalah potong. Ikat mati banyak kali ya untuk elakkan berterabur segala manik yang ada. 

Tadaaa! Dah siap dah! 

Okay di bawah ini antara hasil keychain nama yang aku berjaya buat,hehe. Untuk tengok contoh lain bolehlah lawati IG sis ya -> norazlinaabdrashid92








Kalau berminat nak tempah bolehlah hubungi saya dengan klik link di bawah,

http://www.wasap.com/60176268247/keychainnama

Harga saya bagi murah-murah,kalau beli lebih dapat lah lagi murah. Huruf tak kisahlah berapa banyak harga tetap sama. Manik boleh campur-campur. Charm pun banyak pilihan. Jangan risau! Apa-apa boleh whatsapp nombor di atas.



Sekian,terima kasih sudi baca. 

Projek Kraf : Idea Rantai Glass Pearl (Random).

Assalamualaikum dan selamat malam! 
*Schedule post*

Di bawah ialah rantai guna glass pearl yang aku ada buat haritu. Nak beli rantai macam mahal sangat,so aku buat keputusan untuk buat sendiri. Aku tak tahulah nak kata lagi jimat buat sendiri ke macam mana. Huhu

Bawah ni dua rantai yang aku berjaya buat,sebenarnya nak buat lain,jadinya lain. Gitulah bila jenis buat tak fikir panjang.


Gambar bawah,aku pakai rantai ke 2 tu sebab dah buat kenapa tak pakai? Ehek. 


Sekian,terima kasih sudi baca. :)

Projek Kraf : Felt Rama-Rama

Assalamualaikum dan selamat pagi! 
*Schedule post* 

Bendalah felt bentuk rama-rama di bawah beli dekat Eco Shop,ada 6 keping tak silap. Semua warna campur-campur. Dan aku tak tahulah sebenarnya motif apa sampai beli benda felt itu. 

Konon nak buat kad birthday untuk mak,tapi macam biasalah,kita hanya mampu merancang. Sudahnya tak jadi apa,tapi tak ada lah sampai nak buang pula. Kita buat benda lain pula nanti,tengoklah macam mana perginya,kalau jadi macam yang diharapkan ada lah nanti keluar entri PROJEK KRAF. 


Sebenarnya felt rama-rama itu kosong saja,tetiba rasa macam nak buang masa sikit,hehe,kebetulan ada beli hot fix crystals,ini pun aku tak tahu kenapa beli. LOL. Jadi aku ambil keputusan untuk letak kristal tu dekat felt. Bubuh lah ikut suka hati nak letak dekat mana. Guna gam UHU atau gam macam dalam gambar atas. 




Sekian,terima kasih sudi baca. 

Mana nak Beli Barang Utk Kraf Projek ?.

Assalamualaikum dan selamat malam!
*Schedule post*


Hai semua! Tak tahulah ada ke orang baca blog aku lagi selain beberapa blogger. Tapi tak apa,aku lagi suka macam ini,rasa macam tak ada orang baca blog,buatkan aku nak menulis pun tak perlu ditapis-tapis. Gitu. Aku nak membebel sikitlah pasal dekat mana boleh dapatkan barang-barang untuk projek kraf. Salah satu tempat yang paling best dan dekat sikit bagi aku ialah di GM Klang.


Aku beli barang-barang dekat satu kedai ni,dekat blok B,level 2 tak silap. Beli berapa barang dapat separuh harga,tapi tak banyak barang sangat. Dekat GM Klang kan banyak sebenarnya kedai jual barang kraf,asalkan tahu mana yang tawarkan harga lagi murahlah. 


Dekat atas ni hasil aku habiskan duit beli bendalah dekat 2 kedai,kadang-kadang kan bila bosan,sanggup aku pergi GM Klang semata nak cari barang-barang padahal kadang ada yang tak penting pun. Banyak gambar sebenarnya terperap dalam laptop tapi tak apalah,aku tunjukkan mana yang perlu untuk meriahkan entri. 

Bawah pula gambar dalam satu kedai,lot kedai tak tahulah,yang pasti dekat Blok B,level 2. Depan dia ada kedai jual aksesori wanita (jual brooch etc),aku suka pergi sini sebab banyak pilihan! Barang pun dijual separuh harga,aku tak pastilah nak kata sini murah ke macam mana tapi murah lah juga! 



Kalau beli banyak dapatlah harga borong,bagi aku berbaloi jugalah,contoh beli glass pearl size 8mm,12 ikat dapatlah harga RM1 lebih,kalau beli online mana nak dapat murah? Aku pernah beli barang online sebab malas nak ke GM. Bila fikirkan,membazirnyalah. Boleh belek-belek barang lagi sebab depan mata kan. Sayang pula dia tak ada jual online. Nasib duduk Klang juga,cuma nak ke GM malas nak hadap jalan sesak and jalan teruk. 

Lepas siap entri dan baca kembali,aku terfikir kenapa aku beli banyak sangat. Apa motif pun tak tahu. huhu. Duit melayang.

Sekian,terima kasih sudi baca.

Projek Kraf : Tutorial Cantikkan Backpack.

Assalamualaikum dan selamat pagi! 
*Auto Post*


Okay,kali ini nak tunjukkan hasil mencantikkan backpack,mental tag asal beg tu tak berapa berkenan aku pandang. Lepas tu kalau korang teliti gambar di bawah,ada nampak macam lubang-lubang kan? Haha,asalnya jahit benda tak tahulah apa benda,sajalah gatal tangan,lepas tu buka balik sebab nampak tak berapa lawa.

Kemudian aku tergerak hati pula nak cari stiker fabrik,yang orang jahit letak dekat seluar/baju,atau nama lainnya iron patch. Sepatutnya iron saja tapi sebab ada mental tag dekat beg,jadi aku terpaksalah menjahit. Iron patch aku cari di Shopee juga sebab murah daripada dekat Lazada ke apa. Cuma kena bersabarlah tunggu barang sampai sebab mostly dari China.



Jadi aku beli iron patch bentuk rose 1 dengan alphabet N dengan A. 

Caranya senang saja,kalau nak letak dekat fabrik,letak patch dekat mana-mana tempat sesuai,spray dengan air sikit di belakang patch, kemudian lapik atas patch tu kain sebelum diiron. Tekap lama-lama sikit dalam berapa saat.


Yang ini aku tak dapat nak iron lah,sebab ada mental tag tu,takut nanti tak melekap,jahit dengan 3 bahan saja iaitu benang,thread scissor dan iron patch bentuk rose,maka aku jahitlah patch itu. Baru cantik sikit backpack.



Backpack pula beli dekat Grimo (Shopee), GRIMO Metal 2 in 1 Women's School Travel Backpack,puas hati dah lah harga murah,kualiti pun setanding dengan harga,boleh sumbat banyak barang! :) Dah lama nak backpack macam ini.

Sekian,terima kasih sudi baca.