Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Projek Kraf : Idea Gelang Tangan (Random)

Assalamualaikum dan selamat malam!
*schedule post

Kali ini nak kongsikan sikit gelang tangan manik aku buat itu hari,sebab bosan tak dapat tidur,mulalah gatal tangan nak buat sesuatu. Jadi inilah hasilnya,5 gelang berjaya dibuat. 




Sekian,terima kasih sudi baca. :)

Projek Kraf : Idea Gelang Tangan Manik (3) (Nama)

Assalamualaikum dan selamat pagi! 
*Schedule post


Entri kali ini pula aku nak tunjukkan contoh gelang tangan bernama. Yang ini ada orang tempah,inilah gelang pertama aku berjaya jual. Tak sangka aku berjaya buat! Tepuk tangan untuk diri sendiri! 

Customer aku ni kenal dekat tempat selalu aku jogging = Taman Rakyat,Andalas Klang. Haritu aku bagi keychain nama kepada Aunty P,lepas tu Aunty V tanya aku ada buat gelang tangan tak,sebab dia nak bagi anak dia pakai. 

So Aunty V minta buatkan 2 gelang untuk anak dia,manik atau design tak kisah,terpulang. Ini yang aku suka. hehe. Jadi di bawah ni lah hasilnya.







Gelang dah siap,kita letak dalam plastik lut sinar macam ini,jenis ziplock,beli dekat kedai RM2,jimat kos.



Sekian,terima kasih sudi baca.

Projek Kraf : Idea Gelang Tangan (2) ( Versi Remake)

Assalamualaikum dan selamat petang! 
*schedule post

Idea gelang tangan ini datangnya bila tengok gelang tangan mak beli dekat Pasar Seni itu hari tersadai tak terpakai. Jadi masa mood rajin tengah ada,aku kata dekat mak nak gelang manik tu sebab sayang pula tak guna kan,jadi aku nak buat versi baru.

Gambar gelang asal tak ada pula. Bawah ni semua hasil selepas aku buat gelang baru. 

Daripada gelang lama mak,aku ambil manik warna merah jambu cair tu dengan spacer warna gold,dipadankan dengan manik aku warna dwitone putih dan hitam. Untuk nampak elegan lagi,letaklah charm bentuk bunga putih dan juga loceng untuk membingitkan telinga. Hehe



Gelang agak longgar sikit bagi tangan aku. Patut buat letak manik sikit saja tapi terlebih pula. So kalau korang ada gelang manik lama yang tak terpakai sebab muak tengok design,apa kata buat lah gelang baru ikut stail yang korang mahu. Buat sendiri baru puas hati kan. 



Sekian,terima kasih sudi baca. 

Projek Kraf : Idea Gelang Tangan Manik (1) (Versi Matte/Frozen)

 Assalamualaikum dan selamat malam semua!
*schedule post


Okay kali ini,aku nak kongsikan antara idea gelang tangan simple yang aku buat untuk pakai sendiri. Makin suka pula buat gelang untuk diri sendiri,macam-macam idea datang bila bosan.

Untuk idea gelang tangan ni,aku gunakan manik jenis matte/frozen. Warna hitam dengan putih clear. Cara buat gelang tangan manik,mudah sangat asalkan ada bahan asas. Nanti aku buat entri tutorial.

Yang hitam macam bawah ni,aku guna 22 manik. Ngam-ngam untuk tangan sendiri. Letak charm bentuk flying love dengan loceng sekali. 



Okay yang dekat bawah ni aku buat guna clear manik jenis matte/frozen,letak sekali bronze big hole bentuk rose. Semua sekali ada 21 manik tak silap aku,cukup untuk pergelangan tangan sendiri,buat 2 pasang,satu lagi bagi kawan. :)




Boleh pakai bila-bila masa padankan dengan apa-apa baju. Yeay! 




Sekian terima kasih sudi baca.

Projek Kraf : Simple Bracelet With Toggle Clasp.

Assalamualaikum dan selamat malam. 
(*schedule post)

Okay,haritu aku buat gelang tangan paling senang,sebab dah beli rantai siap toggle clasp. 


Bahan-bahan yang diperlukan :-
1. Bracelet with toggle clasp. Aku beli dekat Shopee.
2. Alphabet charm,aku guna huruf N dengan A. Beli dekat sini Hanging Alphabet Charm (15mm)
3. Jump ring bronze saiz 0.5mm
4. Playar.
5. Charms (*terpulang lah nak letak bentuk apa) beli dekat seller HarvestDream88.

Cara-cara :-
1. Ukur pergelangan tangan,potong rantai lebih dengan cutter. 
2. Kira lubang chain yang ada,sebab nak letak charm selang-selang biar kemas.


3. Letak jump ring dengan charm sambung dekat rantai. Ketatkan dengan playar.




Sekian,terima kasih.

Projek Kraf : Hias Booknote.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Okay,aku buat projek kraf semalam. Tak tahulah kenapa buat benda ni sebab banyak sangat beli resin,lepas tu aku tersalah beli resin,beli saiz mini. Ingatkan saiz biasa,silap sendiri juga lupa nak tanya seller saiz berapa. Alih-alih tengok saiz mini,nak buat brooch pun tak lepas. Jadi aku jadikan resin letak dekat album/notebook/card.

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Booknote saiz mini,aku beli macam dekat bawah di EcoShop,harga RM2.10 saja. Banyak warna lain. 
2. Resin,aku beli dekat Shopee.
3. Gam B-7000

Cara-cara :-

1. Pastikan kulit muka buku bersih dulu.


2. Letakkan gam pada resin,ratakan,letak dekat kulit buku,ikutlah cita rasa sendiri nak letak dekat mana. Tekan.


3. Biarkan gam kering dalam masa beberapa jam. 


4. Aku ada letakkan bronze antique alphabet charm juga,huruf N dengan A. Lepas tu geram tengok resin comel-comel,aku letak dekat kulit booknote hitam tu. 


Sekian.

RESEPI : Popia Goreng Mudah.

Assalamualaikum dan selamat petang! 
(*schedule post)

Aku suka sangat makan popia sendiri buat,sebab rasa inti boleh adjust ikut sesuai tekak sendiri. Tak ada merungut sangat itu ini kurang ke apa. Paling best bila inti boleh letak banyak-banyak. hehe. 

Resepi di bawah adalah resepi paling mudah aku suka buat,lepas tu sejenis suka makan sayur banyak,jadi memang sukalah letak banyak sayur dalam inti. Kalau bab memasak ni bagi aku,asalkan ada kerajinan dengan ada bahan-bahan,memang boleh pergi jauh apa yang dimasak. 

Okay,dipersilakan tengok resepi di bawah. 



Bahan² :-
1. Ubi kentang (*guna 6-7 biji kentang),potong dadu.
2. Sayur campur (*dalam 2-3 genggam)
3. Daun sup dgn daun bawang sikit.
4. Daun salad (*letak sebab nak habiskan)
5. Kulit popia.
6. Gam air (*tepung gandum campur sikit dgn air).
7. Serbuk perasa. (* agak² sendiri )

Cara²:-
1. Masukkan semangkuk air dlm kuali (*tak suka tumis 😅),letakkan ubi kentang dgn sayur campur. Rebus sampai kentang empuk.



2. Bila kentang dah empuk,dipersilakan masukkan salad dgn segala daun yg ada berserta dgn serbuk perisa. Agak² lah nak letak banyak mana.



3. Kalau sedap tutuplah api,kalau tak sedap padan muka. 😂

4. Semua dah settle,tutuplah api. Sejukkan inti & bolehlah balut popia.

5. Cara nak bungkus popia tak susah pun,belakang plastik popia ada tunjuk.

6. Jangan lupa sediakan gam air utk letak dekat kulit popia jadi popia tak mudah terbuka.



7. Goreng sampai kekuningan bukan kehangitan. 
8. Angkat dan hidangkan. Sedap buat cicah dgn sos cili. Orang gila je makan dgn kicap/letak cheese. .

Sekian... !✨

Projek Kraf : DIY Bekas Makanan Kucing.

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Okay,kali ini aku nak kongsikan satu projek DIY yang paling mudah,budak-budak pun boleh buat. Khas untuk mereka yang ada bela kucing,kadang-kadang makanan kering suka letak dalam plastik,tak simpan dalam bekas khas sebab malas. huhu. Tak sebabnya biasa letak dalam plastik dan gantung belakang pintu,senang nak bawa ke sana sini.

Lepas baca satu buku ni buat projek DIY guna bekas kerepek Pringles letak pensil semua alat,aku terfikir pasal kucing,sebab kadang-kadang bila nak tuang makanan,mesti bersepah sebab tak letak dalam bekas. Jadi kebetulan,ada 2 bekas Pringles,tak buang lagi,jadi aku pun dapatlah idea untuk jadikan sebagai bekas letak makanan kucing.

Cuma perlukan 2 bahan saja iaitu :-

1. Glitter/fabrik stiker (*beli dekat kedai 2 ringgit. Eco Shop ada jual floral fabric sticker,cantik sangat)



2. Bekas Pringles.

Oh ya,nak gunakan pembalut hadiah pun boleh,sebab pembalut lagi besar kan,stiker saiz A4 jadi tak boleh tutup saiz bekas sepenuhnya.



Tak perlu potong ke apa bekas tu,biarkan seperti keadaan asal. Cabut stiker perlahan-lahan dan letak dekat bekas. Ratakan. Tuang lah makanan kucing dalamnya. Kalau tak nak letak makanan kucing,jadikan bekas letak alat tulis pun boleh juga cuma kena potong sikit ikut ketinggian yang korang nak. Kemas teratur.


Sekian.


Review : Kuih Bulan SugarPastry.

Assalamualaikum dan selamat malam!

Tetiba kan rasa nak makan kuih bulan,tak tahulah kenapa tiba-tiba rasa mengidam datang. Mungkin sebab tengok dekat pasar raya banyak sangat jual kuih bulan. Jadi disebabkan mengidam,maka apa cara untuk hilangkan rasa mengidam? Ya! Dengan cara makan! 

* Oh ya,aku rasa bulan lepas ke bila entah aku makan kuih bulan ni,lupa. Dekat instgram ada upload.

Jadi tahu sajalah kuih bulan ni merupakan makanan tradisi masyarakat Cina di negara kita,tapi disebabkan permintaan dan kepelbagaian kaum di negara,maka muncullah berbagai jenama kuih bulan yang halal toyyiban. Jadi yang Islam tak perlu khuatir kalau nak cuba kuih bulan. Sebenarnya kuih bulan yang halal ada saja dijual di pasar raya besar macam Giant,Tesco dan sebagainya,tapi masa mengidam nak makan,telefon ada depan tangan,jadi apalagi,mencarilah kuih bulan halal yang harga mampu milik di Shopee. Punyalah susah payah mencari sebab nak pilih yang terbaik.

Dalam tak sedar rupanya,aku terbeli 3 perisa kuih yang sama,tak tahulah kenapa masa ni. Selepas kuih sampai,punyalah bersemangat aku nak rasa 3 jenis,sekali tengok pelekat bawah setiap kuih,sama. Maknanya kacang merahlah semua perisa yang sampai. 

Harga untuk seketul kuih bulan,RM8 untuk perisa original. Ada 3 perisa Duoyong,Pandan dengan Kacang Merah,lain-lain pun ada juga. Kalau dekat Shopee,boleh cari seller ini SugarPastry. 


Jangan risau kalau beli kuih bulan dekat SugarPastry,kuih sampai tangan,inshaaAllah akan berada dalam keadaan baik! Pertama,setiap kuih yang ditempah,tak kiralah 1 sekali pun,akan diletakkan dalam bekas sebelum dibalut lagi dengan bubble wrap. Aku beli 3 ketul kuih bulan,jadi dapat 2 bekas,satu bekas berwarna merah jambu,satu lagi macam bekas lutsinar letak kek coklat. Kuih tu pula diletak dalam bekas kek untuk setiap 1. Jadi tak adalah sedih bila tunggu kuih lambat sampai,sekali dapat kuih hancur! Maklumlah guna kurier kan,risiko untuk rosak ada lah juga. Tapi seller letak sticker FRAGILE,jadi jangan bimbang.