Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Salon Rambut Muslimah Ain Dalia.

Assalamualaikum dan selamat pagi!

(*schedule post)

Semoga segala perancangan kalian (aku kurang pasti kalau masih ada yang sudi jenguk baca blog yang semakin sendu ini) dipermudahkan oleh Tuhan. Kuatkan semangat bila hadapi saat-saat sukar.

Baiklah,semalam aku sudah promosikan bisnes gelang segala aksesori wanita. Untuk kali ini pula aku nak promosikan sebuah salon yang aku setia kunjungi bila perlukan rawatan.

Kalau tak silap,tahun lepas,aku mula tercari salon muslimah di kawasan sekitar tinggal yang tawarkan harga yang berpatutan. Google punya google membawa aku ke hasil carian lokasi ke Meru. Ada juga kawasan Klang tapi pakej lari bajet. 😂 Jadi aku pun disebabkan lama sudah tak potong rambut. Sejenis rimas rambut panjang.

Salon pertama pergi dekat Jalan Nanas,Meru. Aku tak ingat namanya apa. Sekali saja pergi. Tapi servis memang baik. Cuma salon ruangnya kecil. Mungkin orang yg jenis tak suka duduk dalam tempat sempit akan kurang selesa. Lagi satu salon ni tapi sekali dengan rawatan spa. Harga pakej hanya layak untuk orang yang ada duit lebih. Pernah juga buat sekali rawatan untuk muka,sebelum raya tahun lepas rasanya. Kes tak ikut yang lain balik kampung. 😅 Stress,potong rambut!

Sampailah satu hari aku terjumpa salon Ain Dalia,kalau dari simpang 4 Pekan Meru kan yang simpang ke Klang/Setia Alam tu ada banyak kedai deret BSN,salon ada dekat tingkat atas. Sis yang gunting rambut segala tu pun aku selesa. Sampai sekarang aku tak pasti nama dia apa. 😂


Bahagian dalam salon. 




Akan dapat kad ahli,setiap kali buat rawatan akan diberikan cop,jadi bila cop


Salon Rambut Muslimah Ain Dalia.

Alamat :

Facebook :

Whatsapp :

Sekian.


RESEPI : Donut Mudah.


Assalamualaikum semua.

Lama sungguh tak update cerita di blog. Sesungguhnya banyak yang ingin dikongsikan akan tetapi atas faktor kekangan masa dan kerajinan yang tidak kunjung tiba,maka,sendu sajalah blog ini. 😅 Baru ingat nak cari duit lebih dengan Google Adsense tapi itulah jenis usaha kurang,mana rezeki nak melekat. Aduh.

Okay seperti mana yg anda baca pada tajuk,ingin sekali saya kongsikan resepi donut mudah. Dulu pernah juga buat donut guna resepi ni. Banyaklah resepi kalau digoogle cuma mana yang ada bahan di rumah dan tak leceh,itulah resepi yang dicari-cari dan diulangpakai. 😂

Terima kasih untuk tuan empunya resepi asal sebab mengurangkan pening kepala saya yang masih jahil dalam mendonut. Sesungguhnya insaflah saya kini kerana membuat donut walaupun tak sesukar mana tapi disebabkan makan masa yang lama,maka tahniah dan ucapkanlah terima kasih kepada mak/kakak/adik perempuan yg bertungkus lumus memasak donut. 😭 Mendonut perlukan kesabaran,ketekunan dan semangat yang jitu!

Resepi asal :-

Bahan² yang diperlukan :-
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega (aku gantikan dengan majerin)
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara² membuat :-
1. Cairkan mentega/marjerin. Ketepikan.

2. Satukan gula pasir,susu pekat dalam mangkuk yang berisi air suam. Kacau rata. Kemudian campurkan yis. Biarkan yis kembang dalam masa 15 minit lebih/kurang. Tengoklah kalau yis dah naik,kira yis hiduplah. InsyaaAllah menjadi donut. Hihi.



3. Pecahkan telur,kacau sikit kemudian campurkan ke dalam mentega/marjerin yang dicairkan tadi.

4. Bila yis dah berbuih-buih & naik,silalah masukkan campuran marjerin dgn telur tadi ke dalam mangkuk yang ada yis.

5. Dalam mangkuk lain,campurkan bancuhan yis tadi dengan tepung gandum. Kacau rata guna senduk kayu. Rehatkan doh selama 45 minit/lebih. Tutup permukaan mangkuk doh dengan kain basah utk elakkan doh kering.

6. Bila doh dah naik,tibalah masanya untuk menguli! Resepi ini dohnya memang lembik,jadi masa nak ambil doh,tangan pastikan ada tepung. Jadi doh tak melekat. Ambil doh & canaikan ikut bentuk nak macam mana. Nak buat bebola ke atau sebulat donut. Letak tepung juga pada acuan ya! Rehatkan doh sekejap sebelum digoreng.



7. Panaskan minyak dgn api sederhana. Jangan api kuat nanti hitam tak cantik. Resepi ni boleh dapat dalam 26 biji donut. Kalau buat bebola mungkin dapat banyak lagi. Bila dah siap goreng,salutkan dgn gula aising/kastor/coklat. Ikut selera.


Bila kelam-kabut nak siapkan sarapan sampai masak pun api lupa nak kecilkan. 😂

Selamat mencuba! 

Lepas ni bila free nak buat kek coklat moist kukus pula! Bahan dah cukup cuma perlukan masa yg sesuai.