Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Bengkel Mewarna Batik Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat petang!

Okay sebenarnya cerita ni dah lama,saja nak masukkan dalam blog sebab baru teringat selepas tengok album gambar dalam Flickr. Bersepah memori dalam tu tapi tak sempat nak update dalam blog. Sibuk mengalahkan menteri. 😅😆

Aku tahu mengenai bengkel mewarna batik ni dari twitter. Ada hebahan. Aku pun teruja pula sebab dah lama tak buat projek seni. Kebetulan ada masa lapang. Lokasi bengkel pun dekat,itu pasal aku terus daftarkan diri. Seorang sebab kalau ajak sesiapa biasanya tak ada yang berminat pun. Aku pun malas nak mengajak sangat. Baik pergi seorang. Hehe

Bengkel berbayar,aku tak ingat kena bayar berapa RM. Rasanya RM20 ke kurang dari itu. Cuma bawa diri,tak payah bawa peralatan apa² pun. Semua bahan² dah disediakan. 

Cara Tukar No.Tac (BSN)

Assalamualaikum.

Okay,haritu dah kongsikan cara nak tukar no.tac CIMB kan. Kali ini aku nak kongsikan cara selesaikan masalah sama tapi untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) pula.

Cara-caranya :-


1. Macam biasa masukkan kad atm,password semua. Lepas tu pilih menu 'Lain-lain'.
2. Cari yg ada tulis tukar no.telefon (*aku tak ingat dalam menu tu ada pilihan apa,pandai² la cari 😂)
3. Masukkan nom.telefon baru & selesai.
4. Bila dah selesai dekat ATM,jangan lupa buka website BSN & update nombor baru juga,nanti no.tac akan dihantar ke nom baru.
5. Yang paling penting,kalau di atas tak membantu korang,silalah telefon customer service BSN terus tanya. Ok? 😅

Sekian.