Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Pengalaman : Berkayak Di Taman Tasik Shah Alam.

Assalamualaikum & selamat pagi!

Sebelum masuk tahun baru,siapkan beberapa entri dahulu sebab banyak sangat draft. Belum siap menaip habis & publish. Selamat tahun baru 2018! Semoga apa pun rancangan hari ini,moga kalian dirahmati Tuhan. Amin.


*****


30 DISEMBER 2017

Tiba-tiba rasa nak berkayak selepas baca pengalaman orang lain. Kenapa tidak kita cuba pula kan? Dulu pernah berkayak masa dekat kem apa entah nama dia,dgn sorang kawan. Double seat kayak. Sekali je la dapat berkayak sebab kena cepat & peserta lain nak guna pula. Tak dapat nak enjoy sangat.
Jadi,aku google tempat yg boleh sewa kayak dgn harga berpatutan. Hasilnya membawa kpd Taman Tasik Shah Alam (Sek.14). Taman Botani Shah Alam ada juga tapi aku tak pasti sama ada masih wujud atau tidak khidmat sewa kayak.

Aku dari hari itu cuba pujuk & ajak mak pergi ke sini sebab nak berkayak,kawan pun aku ajak,tapi kenalah bertimbangrasa juga kan dgn masa dia. Jadi tak apa,kita boleh hadapi seorang diri. 😂

Dari awal pagi semalam selepas balik dari #LAMPU2017 #Putrajaya, (*sampai rumah pukul 1 pagi lebih. Bukan selalu pun & dengan famili,jadi tak ada rasa serba salah balik lewat. ) aku dah maklumkan dekat mak ,yg nanti pagi Sabtu nak keluar awal pagi sebab nak pergi tasik. Aku saja cakap,kadang bukan betul sgt nak pergi. 😂

Bangun awal siap semua tengok jam pukul 7 lebih,blm 7.30 am. Jadi aku tekad ,nak juga pergi tasik Shah Alam. Nak ajak mak/adik-beradik lain kesian pula sebab letih semalam berjalan dekat Putrajaya pun tak habis lagi. Kaki lenguh². Jadi,aku rasa boleh hadap seorang diri,maka geraklah aku seorang ke sana naik motor. Sebenarnya buat apa-apa,aku suka gerak sorang,senang,jimat masa & boleh ikut suka buat keputusan.

Sampai dalam pukul 8 lebih. Dah parking motor dekat dgn restoran tasik,tengok kedai yg sewa boat,kayak segala blm buka lagi. Perhatikan dari jauh,dia buka dari pukul 8.30 am. Lagi berapa minit tinggal pun. Tunggu kejap, bila dia dah buka & start kemas²,aku terus ke kaunter tiket.




Harga utk tiket setiap transport yg ada berbeza. Harga tiket adalah utk sejam bukan sehari. Dulu survey harga utk kayak (*single) RM5 ,sekarang dah RM8/per jam. Tak apa lah,bukan selalu mencuba kan? Kira boleh tahan juga harga. Lagipun datang sorang,senang sikit nak berjimat. 😂

Lepas dah bayar tiket,pakai life jacket,selesakan ikut mana nak. Lepas itu pekerja tu akan tolong ambilkan kayak & dayung. Bila nak masuk dlm kayak,aku risau tak stabil & terjatuh,tapi bro itu ada tunjuk cara nak masuk. 

Jangan takut,dia akan tolong guide-kan. Ikut arahan dia & jangan gelabah sangat. Kalau ada apa tak tahu ke terus tanya,or google la apa2 yg patut sebelum nak buat. Atau atas tasik tu kau google. hahaha..

Ulasan Buku : Buatmu Wanita.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Disebabkan satu komen aku di satu status page puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syariei,bertubi-tubi orang mesej tanya pasal buku yang tajuknya, "Buatmu Wanita : sebagai anak,isteri...ketahui hakmu." terbitan Buku Prima . huhu,padahal boleh saja google,tapi aku fikir positif,mungkin mereka yang bertanya tak berkesempatan untuk meng-google,tak apa aku bantu. (*Ini bukan maknanya saya marah ya/rasa terganggu. Hal kecil tak ada masalah nak tolong. hihi)

Sebenarnya buku tu dah lama terbit,tahun 2009,aku pun baru baca beberapa hari lepas,di Perbadanan Perpustakaan Awam Sg Udang Klang. Buku yang tebal 336 halaman. Buku yang diawal halaman,bagi aku cukup mesra untuk dibaca,bagai berdepan antara beliau dengan aku sendiri. Kalau berpeluang lagi,aku akan jadikan buku ini antara prioriti buku yang WAJIB dipinjam di perpustakaan nanti. Dah banyak kali 'bertemu jodoh' dengan buku itu,tapi macam biasa,ditolak ke tepi dahulu.

Diselitkan juga sedikit pengalaman penulis tentang kehidupan beliau di masa lalu dan kisah-kisah orang lain.

Aku kira tak salah rasanya untuk mereka yang belum berkahwin (*merujuk kepada diri sendiri) untuk baca buku seumpama ini. Sekurangnya kita tahu apa hak-hak kita sebagai perempuan dan jangan disebabkan kita ditindas oleh sang arjuna,kita merasakan kita tak layak mendapat keadilan. Kita wanita,bukan insan yang lemah!

Image may contain: text
Kredit gambar : Google Books.


#UlasanBuku #Ringkas #Belumhabislagisebenarnya #Nantibacalagi  #Nantieditbalik #InsyaaAllah

Cara Tukar No.Tac (CIMB)

Assalamualaikum dan selamat pagi..!

Kredit
Dulu-dulu,aku daftar CIMBCLICKS guna nombor lama,jadi bila nombor itu pun dah tamat tempoh dan malaslah nak renew. Baik beli nombor baru,jadi urusan pembelian secara atas talian agak sukar sebab no.tac dihantar ke nombor lama. Walaupun aku agak jarang juga sebenarnya beli barang atas talian,tapi bila dah tak dapat jumpa barang yang aku nak di kedai fizikal,maka terpaksalah aku beli atas talian. Itu pun aku dah habis fikir nak beli ke tidak,sebab ada kos pos sekali dah RM7.00. Aku ni kadang-kadang berkira yang amat. Huhu. Sebab dah bertekad nak beli,jadi aku pun setuju lah untuk beli. Jadi,perkara pertama yang perlu dibuat adalah tukar no.telefon/update nombor sekarang untuk dapatkan no.tac.

Jadi aku googlelah,cara-caranya,dulu aku pernah cuba cara terus ke CIMBCLICKS,tukar dekat situ,tapi tetap tak boleh. Kena lah juga ke mesin atm setelah kian lama aku tangguhkan,hahaha. Haru juga kalau terpaksa guna (*guna duit dia,lepas tu kita bayar la balik) akaun orang lain untuk buat bayaran.

Cara nak tukar no.tac CIMB :-

Mula-mula,

Mesin atm > masukkan kad > tekan pada bahagian 'LAIN-LAIN' > kemudian tengok bahagian kiri bawah sekali ada 'CIMB CLICKS' > Tekan yang itu,kemudian masukkan nombor telefon baru.
Bila dah selesai,dia akan beri resit ,maknanya urusan kita dah selesai. Tapi belum habis lagi.

Kemudian login di CIMB CLICKS,pergi di bahagian 'Settings' ,klik pada 'MyData'. Boleh lah edit bahagian nombor telefon tu dan klik REQUEST ,tunggu no.tac dihantar ke nombor yang kita baru daftar itu. Masukkan no.tac yang kita dapat tu dalam kotak,Lepas itu tekanlah 'Submit' dan insyaaAllah,selesai dah.

Bolehlah sambung shopping atas talian.

Sekian.

Petikan Buku : Mauizhah (Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru)

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tidak mungkin seseorang mengatakan dirinya mengenali Allah jika tiada perasaan takut dan gerun kepada-Nya."

"Apabila seseorang dikehendaki Allah untuk menjadi orang yang baik,bukan sahaja mereka diberi kefahaman yg mendalam tentang ilmu agama,juga dilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul."

"Umur adalah anugerah Allah kepada manusia,usia yang panjang tidak memberi erti sekiranya dalam usia yang bertambah tetapi tidak bertambah ilmu pengetahuannya."

"Bila ilmu dipelajari daripada seseorang tetapi ia tidak mendekatkan dirinya dengan Allah,hakikatnya ia tidak dinamakan ilmu yang sebenar-benarnya."

"Kerana menuntut ilmu itu selain menambah ilmu pengetahuan,menuntut ilmu juga bererti ibadah kepada Allah,ibadah dalam bentuk jihad menghindari kejahilan dengan menguasai ilmu."

"Ahli ibadah yang tidak berpandukan ilmu pengetahuan,besar kemungkinan ibadahnya sekadar ikut-ikutan."

"Meskipun seseorang itu tidak rajin belajar,tetapi jika mereka memiliki hemah yang tinggi,mereka boleh berusaha untuk menjadikan dirinya alim bagi menghindari kejahilan yang menyelimuti dirinya."

"Tiada bezanya antara manusia dan haiwan jika tidak menguasai ilmu (wahyu),kerana hanya ilmu wahyu yang boleh memimpin akal dan fikiran,bagi mendekatkan jiwa manusia dengan Allah."

"Tuntut ilmu dengan apa cara sekalipun,sama ada dengan cara menghadap tok guru,membaca kitab atau buku. Yang penting ikhtiar untuk mendapatkan ilmu mesti dilakukan."

"Ibadah mesti berasaskan ilmu. Ibadah tanpa ilmu tiada nilai di sisi Allah."

"Yang melalaikan manusia daripada menyedari kematian rohaninya,di antaranya ialah terlalu kasih dan terlalu asyik bekerja keras untuk mencapai kelazatan duniawi."

"Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah maka tiada lagi guru yang akan mengajar ilmu berkaitan dengan Allah. Tuntutlah selama ilmu masih wujud di dunia ini."

"Walau hanya satu ilmu jika tidak disampaikan kepada orang lain sudah dikira menyorokkan ilmu."

"Manusia yang keras hati dan tidak takut kepada ancaman Tuhan,diturunkan percikan api neraka dari langit sekalipun,mereka akan berdalih dan mengatakan bahawa itu hanyalah tahi bintang."

"Kewajiban bagi manusia berilmu ialah kemestian mengajar atau menyebarkan ilmu itu kepada orang lain."

"Menuntut ilmu selain daripada ilmu Islam belum pasti dapat melahirkan rasa gerun di hati manusia."

"Menuntut ilmu adalah suatu usaha untuk menghapus kejahilan daripada diri seseorang."

"Mengajar ilmu kepada orang yang tidak mengerti itu satu sedekah."

"Tidak salah mengaku sebagai rakyat kepada sesebuah negara,tetapi ia mestilah didahului dengan ikrar perhambaan kepada Allah."

"Ilmu dan amal tidak boleh dipisah,jika ilmu tidak diamal,maka ilmu menjadi sia-sia."

"Orang yang imannya nipis mungkin hanya malu sesama manusia,tetapi bagi orang yang tebal imannya,mereka bukan saja malu sesama manusia,yang paling utama malu kepada Allah dan takut kepada azab-Nya."

"Manusia mesti beriktiqad hanya bertuhan kepada Allah kerana Dia Maha Esa. Dengan keEsaan itu,manusia tidak akan tersalah pilih kerana tiada Tuhan selain Dia."=

"Rezeki yang dijanjikan Allah tetap ada selagi masih hidup."

"Riak ialah melakukan sesuatu ibadah bukan untuk mencari keredaan Allah,sebaliknya untuk mencari sanjungan atau kemahsyuran."

"Jika seseorang itu tiada keluh kesah meskipun sedar syirik khafi berlaku dihatinya,menunjukkan hati orang itu telah mati."

"Hati yang mati tidak dapat dilembutkan walaupun dengan berita syurga dan neraka."

"Semua perkara yang dikehendaki Allah itulah yang terjadi. Tiada siapa yang boleh mengkritik keputusan Tuhan,segala tindakan-Nya muktamad,kerana Dialah Tuhan yang mempunyai Kuasa Maha Mutlak."

"Tidak akan ghaib pada pandangan Tuhan benda yang sekalipun terlalu halus dan amat seni,tiada makhluk yang mampu berselindung daripada pandangan Allah."

"Selagi tok guru (ulama) masih mengajar dalam masyarakat,maka mengajilah,kerana ulama ialah pewaris para Nabi."

"Apabila Allah mengangkat ilmu dengan matinya ulama,maka selepas itu besar kemungkinan tiada ganti nya atau ganti yang tidak sebanding dengannya."

"Perkataan yang keluar daripada lidah yang lembut,kadangkala boleh mencederakan hati orang lain. Hati yang terluka disebabkan lidah manusia,sukar untuk sembuh."

"Orang yg berkeyakinan terhadap Allah,pasti berkubukan dengan solat,mustahil orang yang yakin kepada Allah tidak menunaikan solat."

"Jika manusia meninggalkan kubu solat,nescaya akan terjerat dalam perangkap syaitan,sama ada syaitan jenis manusia,syaitan harta,syaitan pangkat dan lain-lain jenis syaitan."

"Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang. Tetapi,kekayaan juga boleh menjadi ujian yang berat kepada manusia."

"Berdoalah dalam bahasa sendiri selagi yang dipinta ialah perkara baik yang terbit dari hati."

"Tangan yang nenadah semasa berdoa tidak kembali dengan tangan kosong,kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang."

"Jika tidak dimakbul dalam masa terdekat mungkin Tuhan menggantikannya dengan yang lebih baik."

"Orang yang mendirikan solat ialah orang sedang berbisik dengan Allah. Usahalah bersungguh-sungguh untuk membuang segala perkara yang langsung tiada kaitan dengan solat dan Allah."

"Amalan baik dan buruk meskipun sebesar debu melayang,pasti akan dilihat oleh Allah."

"Mereka yang berharap menjadikan solatnya sebagai bekalan untuk akhirat,sepatutnya dia harus menyemak semula dengan cermat keadaan solatnya."

"Jika dalam solat dia tidak mengingati Tuhan,apakah jaminannya di luar solat yang dia akan dapat ingat kepada-Nya."

"Ketika seseorang sedang bermunajat,dia hendaklah berkeyakinan bahawa ketika inilah dia harus mengingati Allah."

"Semahal mana nilai harta dunia yang terlepas daripada genggaman masih boleh dicari ganti."

"Memang berat untuk membuang segala perkara yang boleh menganggu solat,tetapi lebih berat lagi jika solat yang akan dijadikan cagaran di akhirat tidak diterima oleh Allah."

"Orang Mukmin mesti berasa yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan ketaatan kepada Allah,tanpa mendapat pertolongan dari-Nya."

"Allah akan memberi pertolongan mengikut pengetahun-Nya,sejauh mana manusia itu memerlukan pertolongan-Nya."

"Jika hati seseorang tidak sehaluan dengan kemahuan-Nya,maka tiadalah pertolongan Tuhan untuknya."

"Ilmu Allah tidak mungkin bersekali dengan hati yang kotor."

"Betapa hodohnya orang bermunajat kepada Allah,sedangkan hatinya merayau ke arah lain."

"Tiada ilmu yang boleh mengajar jiwa supaya bersih selain ilmu berkaitan dengan al-Quran dan hadis."

"Dengan kerapnya melakukan sujud setiap waktu,semoga akan lenyaplah keinginan melakukan kemungkaran terhadap Allah."

"Bacalah doa dengan penuh rayuan dan nada mengemis belas ihsan Allah,terbit daripada hati yang bersih."

"Bagaimana hendak lari dari sifat balkhil jika tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah."

"Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma,kerana sayang akan sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan."

Petikan Buku : How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu)


(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tanggungjawab utama kita bukanlah mencari apa yang samar dari kejauhan,tetapi melaksanakan apa yang ada di tangan kita." 
(Sir William Osle)

"Lupakan kisah silam. Biarkan masa silam berlalu pergi daripada kehidupan kita.Terperangkap dalam kenangan silam membawa kita ke lembah kebinasaan."

"Bebanan semalam,apabila ditambah dengan bebanan esok,akan membuatkan kita terketar-ketar mahu memikul beban itu pada hari ini."

"Masa hadapan kita bermula pada hari ini. Tidak ada hari esok untuk kita."

"Bersyukur atas apa yang dikurniakan pada hari ini dan bukannya merungut tentang apa yang kita terima semalam ataupun merungut tentang apa yang belum kita terima."

"Jangan fikirkan tentang hari esok. Hari esok mempunyai kesusahan yang tersendiri. Cukuplah hari ini sahaja kita berasa susah."

"Ketenangan fikiran yang sebenar datang daripada penerimaan perkara yang terburuk."

"Lakukanlah yang terbaik selagi mampu."

"Sesiapa yang tidak tahu mengatasi masalah kebimbangan,akan mati pada usia muda." (Dr.Alexis Carrel)

"Ada masanya kita perlu segera membuat keputusan dan terus bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi."

"Kita tidak boleh berasa bersemangat melakukan sesuatu yang menyeronokkan,tetapi pada masa yang sama kita diruntun perasaan bimbang."

"Tanpa matlamat,hidup kita pasti berakhir dan hancur binasa."

"Kesengsaraan terjadi kerana wujudnya masa lapang yang membolehkan kita berfikir sama ada kita gembira ataupun tidak."

"Sekiranya kita inginkan ketenangan fikiran, usahlah bimbang tentang hal-hal yang tidak penting."

"Hidup ini terlalu singkat bagi memikirkan masalah kecil."

"Kita sering membenarkan diri kita diganggu oleh perkara-perkara kecil yang sepatutnya kita abaikan dan lupakan."

"Kita hanya mempunyai beberapa tahun sahaja lagi untuk hidup di dunia ini. Sedangkan kita sudah kehilangan banyak masa kerana banyak memikirkan rungutan yang remeh-temeh."

"Jangan biarkan diri kita dikecewakan oleh perkara-perkara kecil yang dapat diabaikan."

"Hampir semua kebimbangan dan ketidakbahagian kita disebabkan oleh imaginasi kita sendiri,dan bukannya realiti."

"Apabila sudah ditakdirkan begitu,begitulah jadinya."

"Bersedia menerima apa yang terjadi adalah langkah pertama bagi mengatasi sesuatu yang timbul disebabkan oleh satu musibah."

"Teruskan kehidupan,tidak kira apa pun yang terjadi. Sembunyikan perasaan sedih di sebalik senyuman dan teruskan kehidupan."

"Teach me neither to cry for the moon nor over split milk"

"Sama ada kita bahagia atau tidak,bukan situasi yang menentukan perasaan itu. Sebaliknya,yang menentukan perasaan itu adalah bagaimana cara kita bertindak kepada situasi yang menentukan perasaan kita."

"Kita sebenarnya lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan."

"Sekiranya kita terus mencemuh dan menentang takdir,ia memeritkan lagi keadaan. Kita tidak dapat mengubah lagi melainkan kita mengubah diri kita."

"Selagi kita mempunyai peluang menyelamatkan keadaan,teruskan berjuang!"

"Saya langsung tidak berasa bimbang walaupun mengalami kerugian kerana saya tidak nampak sebarang faedah sekiranya berasa bimbang."


"Saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin,dan selebihnya saya berserah kepada Tuhan." (J.C Penney)

"Apabila saya sudah tidak dapat mengawal situasi. Saya biarkan sahaja ia selesai dengan sendiri." (Henry Ford)

"Saya tidak bimbangkan masa hadapan kerana saya tahu tiada seorang pun manusia yang dapat memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang."

"Hanya terdapat satu cara bagi mencapai kebahagiaan,iaitu dengan cara menghentikan perasaan bimbang tentang hal-hal yang berada di luar bidang kuasa kita."

"Kita boleh menjadi tidak siuman sekiranya terus berdegil tidak mahu belajar menerima hakikat,dan melarikan diri ke alam fantasi ciptaan kita sendiri."

"Usahlah terasa beban dengan apa yang perlu ditanggung."

"Sekuat mana sekalipun kekuatan yang kita miliki,kita tetap tidak berupaya mengembalikan perkara yg sudah lepas."

"Minda itulah tempatnya,di mana syurga dapat menjadi neraka dan neraka dapat menjadi syurga."

"Seseorang itu menderita bukannya disebabkan oleh apa yang berlaku,tetapi menderita kerana pemikiran mereka tentang apa yang berlaku."

"Setiap kali kita membenci musuh-musuh kita,kita sebenarnya memberikan mereka kekuatan menguasai diri kita."

"Sekiranya kita tidak berupaya mengasihi musuh-musuh kita,sekurang-kurangnya kita perlu mengasihi diri kits sendiri."

"Jangan membakar musuh kita dengan api yang terlalu kuat sehingga diri sendiri hangus terbakar kerana dia."

"Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan orang yang kita tidak suka."

"Jika boleh,usahlah berdendam dengan sesiapa pun."

"Tiada siapa yang boleh memalukan atau menganggu kita,melainkan kita sendiri yang membenarkan ia berlaku."

"Kayu dan batu dapat mematahkan tulang saya,tetapi kata-kata tidak akan dapat melukakan saya."

"Satu cara yang pasti dapat memaafkan dan melupakan kesalahan musuh-musuh kita adalah dengan memikirkan hal yang lebih penting."

"Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita buat begitu,penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka."

"Supaya kita tidak berasa terkilan,usahlah terlalu mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Cuba ikhlaskan diri."

"Sekiranya kita mahu mencari kebahagiaan,lupakan tentang isu tidak mengenang budi dan berterima kasih. Cuba ikhlaskan hati ketika memberi."

"Kita jarang memikirkan apa yang kita miliki,sebaliknya kita sering memikirkan tentang kekurangan kita sahaja."

"Hitunglah nikmat yang kita perolehi,bukannya masalah yang kita hadapi."

"Sesiapa yang ingin menjadi seperti seseorang ataupun sesuatu yang lain selain daripada orang yang berada dalam tubuh dan fikiran mereka,pasti sengsara."

"Usahlah kita membuang masa dengan berasa bimbang walaupun sesaat semata-mata kerana diri kita tidak sama seperti orang lain. Diri kita adalah sesuatu yang baru di dunia ini."

"Jangan cuba menjadi orang lain. Tetapi,cari dan jadilah diri sendiri."

"Melakukan hal yang terbaik adalah yang paling sukar."

"Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga."

"Janganlah berniat jahat kepada sesiapa,tetapi berbuat baiklah kepada semua."

"Kita perlu terus mencuba walaupun kita berasa sudah tiada harapan lagi. Kita tidak akan rugi atau kehilangan apa-apa sekiranya terus mencuba."

"Sesiapa yang benar-benar taat beragama,pasti bebas daripada gangguan emosi."

"Kepercayaan kepada agama adalah 1 daripada tonggak kekuatan hidup manusia,tanpanya hidup manusia pasti binasa."

"Apabila berdoa,kita sebenarnya berkongsi masalah. Ini boleh menngurangkan bebanan kerana kita tidak menanggung masalah bersendirian."

"Sekiranya malu ingin mengadu masalah dengan orang lain,kita sentiasa boleh mengadu kepada Tuhan."

"Apabila kita dikritik,ini bermakna kita sudah mencapai sesuatu hingga menjadi perhatian ramai."

"Mereka yang keji sifatnya berasa gembira apabila melihat kesalahan dan kebodohan orang hebat."

"Kritikan yang tidak berasas selalunya adalah pujian yang terselindung."


"Walaupun kita ditipu,dicemuh,dikhianati,ditikam dari belakang dan diperdaya hidup-hidup oleh rakan baik kita,usahlah berasa sedih."

"Walaupun saya tidak mampu menghalang orang lain mengkritik saya secara tidak adil,saya masih bolehmelakukan sesuatu yang lebih penting daripada itu. Saya boleh menentukan sama ada kutukan dan kritikan yang diterima mampu menganggu saya atau tidak."

"Lakukanlah apa sahaja yang kita rasakan betul di hati kita. Sama ada kita lakukan ataupun tidak,kita tetap akan dikritik."

"Semakin kita cuba menenangkan memuaskan hati semua orang,semata-mata hendak mengelakkan diri daripada dikritik,ia hanya menambahkan musuh."

"Apabila kamu berada lebih tinggi daripada orang lain,kamu pasti menjadi mangsa kritikan. Jadi cuba biasakan diri dengannya."

"Daripada menunggu pihak musuh mengkritik diri atau kerja kita,eloklah kita yang mengkritik diri kita sendiri terlebih dahulu."

"Cari dan perbaiki kelemahan kita sebelum musuh-musuh kita mendapat peluang itu."

"Pendapat yang berikan oleh pihak musuh tentang kita adalah lebih hampir tepat berbanding pendapat yang kita berikan sendiri."

"Kita semua memang cenderung membenci kritikan dan menyukai pujian. Malangnya,kita tidak tahu sama ada kritikan ataupun pujian yang kita terima itu ikhlas atau tidak."

"Sekiranya kita mendapat tahu ada orang berkata sesuatu yang kurang enak tentang kita,usahlah kita mempertahankan diri. Hanya mereka yang dungu sahaja akan berbuat demikian. Lebih baik kita berlagak seperti biasa,merendah diri dan bertindak bijak."

"Kritiklah saya secara jujur. Usah berselindung apa-apa."

"Usahlah terlalu memikirkan tentang kelemahan orang lain."

"Betapa lemah dan malangnya kita sekiranya membimbangkan hal-hal yang belum berlaku,yang berada di luar kawalan kita dan yang tidak (?)"

"Sekiranya semalam saya mampu bertahan,mengapa tidak hari ini? Saya tidak akan sekali-kali membenarkan diri saya memikirkan tentang apa yang mungkin berlaku keesokan hari."

"Usah dikenang perkara yang sudah lepas. Relakan saja hal yang tidak dapat dielakkan."

"Apabila kita sudah jatuh tersungkur hingga ke dasar dan tidak dapat turun lebih rendah lagi daripada itu,kita perlu mencuba untuk naik semula ke atas."

Kisah : Kucing Tumpang Beranak.

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Oh ya,baru-baru ini,dalam hari Isnin lalu,berlaku satu kejadian yang pertama kali seumur hidup aku saksikan. 
Pagi tu dalam pukul 7 lebih,masa semua orang bersiap-siap nak pergi kerja ,tiba-tiba kecoh la satu rumah sebab dengar bunyi kucing mengiau kuat sangat,rasa macam depan pintu. Kitaorang memang tak ada pun bela kucing,melainkan jiran-jiran sebelah,ada la bela. Kali terakhir bela kucing,itupun anak kucing yang berapa entah umur dia,tapi lepas pindah rumah,kitaorang tak mahu dah bela. Sayang gila dekat kucing tu,dah rapat sangat,tetiba kena berpisah,faham tak perasaannya macam mana? Huhu. Sedih gila. Sedih ja belum jadi gila. LOL

Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal kucing yang datang rumah pagi itu. Dia datang mengiau sampai lompat atas kerusi yang adik aku duduk. Terkejut lah,nak apa kucing ni kan. Aku intai celah tingkap,tengok dia punya perut,besar semacam,mengandung la agaknya. Aku mana ada pengalaman bela kucing sangat,lagi-lagi kucing yang bunting ni. Tapi kalau dah perut memboyot ke bawah macam itu,sahlah bunting. Kelam-kabut pula,dia datang ni sebab lapar ke macam mana. Dah la sarapan pun tak ada,nasi lebihan semalam pun tak ada (*ingat manusia ke? huhu.. tapi ada ja orang bagi nasi tapi tengok la kucing tu makan ke tidak) . Mengelabah juga lah,tapi dalam ramai-ramai manusia yang wujud,aku sorang ja yang gelabah macam la aku yang nak beranak. Kah kah kah.


Terus aku ambil kotak limau mandarin,yang muat untuk kucing tu duduk menetap. Kotak tu pun selamat abah aku kata ada dekat dapur. Aku memang dah syak kucing tu mungkin nak beranak. Kecoh pagi itu dengan bebelan aku yang tak senang duduk. Kejap-kejap intai kucing tu,cari makanan,tapi tak ada langsung..! Ikan pula beku. Kotak tu,aku dah siap letak surat khabar dengan kain,buat lapik,mana la tahu dia sejuk ke nanti. Jadi biarkan dulu dia dekat luar. Dia siap tunggu depan pintu,orang nak keluar masuk pun kena cepat-cepat,risau dia masuk dalam tak mahu keluar dah. Terberanak dalam rumah lagi la naya,aku juga dipersalahkan nanti. huhu. Aku tinggalkan lah kucing itu sementara aku pergi hantar adik kerja dan beli sarapan. Jadi dalam perjalanan nak balik rumah tu,aku syak mesti ada orang dah tolak kucing tu keluar,ya la risau nanti dia tak mahu dah balik ke rumah tuan dia. Jadi selepas selesai urusan di luar,bila balik,kucing tu masih duduk diam dalam kotak,itupun selepas adik aku bagi makan roti. huhu.. Dia betul-betul kelaparan tu,siapalah tak sedih tengok. huhu. Lega,tak ada yang letak dia dekat luar. Ada la juga buka pagar seluas alam,mana tahu dia tak jumpa jalan keluar. Tapi tak mahu keluar,em..biarlah dia. 

Aku ada beli ikan basah,lepas tu terus rebus sekejap,aku teringat kawan aku sorang ni ada bela kucing,bagi makan ikan rebus,jadi aku cuba la buat macam itu. Dia pun meluru la dekat ikan rebus itu dan makan dengan lahapnya. Nampak sangat..Lepas dah makan,dia duduk diam-diam dalam kotak tu,kadang adik aku main-main dengan dia,tapi dia tak aktif sangat pun. 

Aku pun teruskan lah menggoogle segala maklumat macam mana nak uruskan kucing yang nak beranak. Maksud aku,sebenarnya, "Tanda-tanda kucing nak beranak..." Tanda-tanda dah betul ada dekat kucing tu. Tak lama lepas tu,aku dengar adik aku jerit panggil aku,katanya kucing tu dah beranak. Sebab dia duduk luar situ main dengan kucing. Menggelupur terus kau. Aku suruh dia tinggalkan kucing tu,biar dia bersendirian dulu,sebab aku google,kalau kucing nak beranak,jangan kacau dia,macam-macam jangan la aku jumpa pendek cerita. Aku nak kongsikan pengalaman macam tak adil,sebab apa yang aku tahu pun itu melalui khidmat ehsan google/orang lain punya pengalaman dah bertahun-tahun dengan kucing. 

Jadi sekejap-kejap,kitaorang intai di balik tingkap,supaya tak menganggu dia dengan anak dia. Masa tu kitaorang nampak seekor. Aku dah siap pesan dekat adik dengan mak aku,jangan sentuh anak dia,nanti dia tak mengaku itu anak dia pula,sebab dah ada bau lain. LOL. Macam-macam lah aku pesan,dah macam mak nenek perangai membebel tak henti-henti. Aku pun penat membebel,jadi aku biarkan ja la,bukan selalu ada kucing datang rumah. Haha. Lepas tu buat hal masing-masing,tiba-tiba mak aku kata,anak dia ada 6 ekor! Sempat mengira masa alihkan dia. 


Itu baru hari pertama punya cerita,seterusnya,kitaorang pun biarkan aja la dia duduk tumpang,sementara agaknya. Sebab ada orang kata,nanti makan minggu/hari lama-lama dia akan cari tempat baru untuk bermastautin. Nak jaga kucing,bukan senang okay,janganlah sebab dia comel,kita tahu nak bermain dengan dia ja,soal kebajikan dia (*makan minum/kebersihan semua) kita pula abaikan. Tak boleh macam itu. Kena bertanggungjawab. Bila dah kena uruskan itu semua,kitoarang memang susah sikit la nak jaga. Lagipun rasa itu kucing orang,nampak jinak semacam,badan cantik. Tuan tak pastilah siapa punya.


Kotak baru punya,biar selesa,muat dengan saiz dia yang panjang bukan macam kotak lama. Mesti sakit leher dia. 
Lepas tu,kalau lapar,dia akan mengiau,bila nampak ada orang keluar rumah. Lapar sangat,dia siap intai dekat tingkap,nak masuk. Kadang depan pintu dia tunggu,siap nak tolak lagi pintu tu. Itu yang nak keluar masuk kena cepat-cepat,nanti dia masuk rumah. Dah la masuk rumah,bilik depan sekali yang dia tuju,cari apa pun tak pastilah. huhu. Kena la angkat kejar dia letak dekat luar. Haru juga kadang-kadang tu. Huhu..

Lagi satu perangai kucing istimewa ni kan,dia punya diet makanan,aku tak pastilah kalau lepas bersalin ni,selera dia makan banyak ke macam mana. Dia tak AKAN makan ikan mentah,nak yang rebus ja. Lepas tu kalau dah rebus,dia pun tak mahu makan juga,MELAINKAN kalau isi ikan tu kita dah carik-carik/asingkan dengan tulang. Apa punya perangai pun aku tak tahu lah,entah-entah tuan lama dia manjakan dia sangat,makan pun berteman. LOL. Musykil betul aku. Itulah,dah letak 2-3 ketul ikan ada depan mata,siap hala ke hidung biar dia hidu itu ikan bukannya KFC. Tapi tak mahu makan juga. Pelik dan tertekan juga layan karenah dia. Nak fahamkan dia,nak tanya tapi bukan ada jawapan pun. Nak apa pun tak tahulah,jadi selepas aku buat cara carik-carik isi ikan tu,baru dia nak makan. Dah faham perangai dia dah. Jadual makan dia,pagi dalam 6-7 kena siapkan ikan,tengahari dalam 12-1,petang 3-4 atau waktu maghrib. Malam aku lepaskan tanggungjawab pada orang lain. Hahaha. Jadual tak tentu sebenarnya,tapi biasa waktu dia lapar tu,dia akan mengiau,atau ligat bergerak ikut orang yang nak keluar masuk. Buat muka kesian dulu.



Selepas makan,haruslah tidur,perut dah penuh.........



Yang baiknya dia,tak ada lah membuang merata-rata. Tak ada kencing dekat sekitar kerusi,rak kasut/penjuru dinding. Aku pun tak pastilah dia buang dekat mana,tak perasan dia keluar masuk ke macam mana. Pagar pun jenis jarang2,muat rasanya dia menyelit situ. Baik betul budak ni. Ada satu hari tu,saja la buka  pagar ,dia keluar pula,selalunya bila buka tak mahu la keluar,duduk tenung ja,aku pun hairan bin ajaib dengan dia ni. Lepas tu tunggu berminit,tak balik-balik,tak tahu la pergi mana. Balik dari ambil adik kerja,tengok dia dah ada dekat rumah,reti pula balik. Aku nak tunggu anak dia dah besar sikit,mesti comel,lepas tu terniat juga nak culik seekor anak dia. Jahatnya niat..

17/1/2017

Anak-anak dia,dah masuk seminggu lebih,aku baru perasan warna anak-anak dia,5 ekor warna hitam/kelabu belang macam ibu dia,yang ganjil seekor tu bertompok-tompok coklat,putih,hitam. Lebih macam itulah warnanya,agaknya ikut gen bapa dia. Bapa dia masih tidak dapat dikesan sampai sekarang. LOL. Tak sudi ke jenguk anak-anak dia dekat rumah aku ni.. huhu..

Dan satu lagi,aku hampa betul dengan kucing ni,dia jenis tak aktif sangat ke macam mana,selalu kucing kalau diagah-agah,cepat dia respons,dia pula buat tak nampak,lepas tu sambung tidur,atau jilat paws dia. Macam mana aku nak bagi kasih sayang dekat dia? Huhu. Sedih betul bila dia buat tak layan ja kita nak manja-manja dengan dia. Bila lapar,reti pula cari kita. 

Sekian.