Home Resepi Projek Kraf Tutorial Bloglist

Followers

Resepi : Kek Marble Susu.

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Semalam selepas maghrib,sajalah nak membakar kek marble. Patutnya awal pagi raya pertama kita hidangkan,tapi mood pun tak ada kita tangguhkan buat bila dah sedia. Memandangkan semalam mood baik,kita buatlah kek marble. Haaa,abang suka beli kek marble yg ada jual dekat pasar raya tu. Brand apa,Samudera ke apa benda entah,lupa. Saya dah pesan siap²,jangan beli kek marble sbb nak bakar kek. 

Kek buat sendiri kalau pandai simpan,memang boleh tahan lama kan.  Harap habis cepatlah. Boleh buat kek lain pula. 🤣

Jom kita tengok cara² nak membuat kek marble susu yang sedap sangat sampai makan berkali². Ehehe

Bahan² :-

•4 biji telur (*saya guna gred A)
•250 gram mentega (*suhu bilik)(*guna Buttercup)
•1 cawan gula halus
•2 sudu besar susu tepung
•1 sudu kecil esen vanila
•2 cawan tepung gandum (**)
•1 sudu teh serbuk penaik (**)
•1/2 sudu teh soda bikarbonat (**)
•2 sudu besar serbuk koko
•2 sudu besar air panas

Cara² :-

1. Bahan yg bertanda (**) sila ayakkan bersama,ketepikan. 

2. Pukul mentega dgn gula halus sampai kembang,bertukar warna. Bila dah kembang masukkan esen vanila dgn susu tepung. Pukul rata. 


3. Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi sampai kembang. Bila dah kembang,masukkan bahan yg diayak tadi. Gaul rata sampai semua sebati. Gaul guna senduk kayu pun dah ok. Ketepikan kejap.


4. Dlm mangkuk lain,campurkan serbuk koko dgn air panas. Gaul sampai sebati. Masukkan bbrapa sudu adunan kek tadi dlm mangkuk koko. Separuh lg biarkan perisa asal. Gaul sebati. 


5. Alas loyang dgn baking paper atau glis dgn majerin,tuang adunan koko dulu lepas tu tuang adunan asli. Buat selang seli sampai habis. Lepas tu lorekkan adunan dgn lidi supaya ada corak marble tu. 

6. Panaskan oven suhu 150°c selama 10 minit. Masak selama 1 jam atau hingga masak (*resepi asal dia masak sampai 40 minit je. Tp saya ikut,tak masak dalamnya so saya lebihkan masa ). Cucuk kek dgn lidi kalau tak ada yg melekat,masak dah. Kalau ada adunan melekat,masak sikit lagi.


7. Bila dah siap,tunggu sejuk dulu baru potong.


Kredit :- https://www.wanisukarno.com/2019/07/resepi-kek-marble-susu-buttercup-raya-yang-lembut-moist-dan-gebu-sukatan-cawan.html?m=1

Sekian terima kasih.